Turki (6) : Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)

6:23 PTG

Sambil mengunyah buah epal, mata melihat kiri dan kanan jalan raya. Di sebelah kanan, kata Encik Barchin ialah Laut Aegean. Warna air lautnya biru bercampur warna perak berkilauan dipanah sinar matahari. Pemandangan di sekitar sangatlah mempesona! Di sebelah kiri pula,  di tanah datar dan di bukit bukau, subur merimbun dengan pokok zaitun. Walaupun tumbuhan lain tidak berdaun, tetapi pokok zaitun kekal dengan daunnya yang menghijau.  Kata Encik Barchin, musim menuai buah zaitun tiba pada bula September. Encik Barchin tidak jemu berkongsi maklumat dengan kami. Katanya lagi, di atas bukit di bahagian belakang ladang pokok zaitun dan ternakan biri-biri, tersergam banyak rumah mewah. Kebanyakan rumah di situ dibeli oleh orang dari Istanbul yang kaya raya dan di situlah mereka akan datang bercuti bersama keluarga pada musim panas. Murid-murid sekolah di Turki bercuti selama 2 bulan setengah pada musim panas.
Banyaklah jenis tanaman dan hasil pertanian yang disebut oleh Encik Barchin di sepanjang perjalanan kami. Yang Amie dengar selain pokok zaitun , ada juga disebut gandum, barli, limau, anggur, hazelnut, bawang dan macam-macam lagi. Kadang-kadang Amie terlepas dengar sebab Amie lebih melayan mata melihat pemandangan sambil membuat rakaman video. Bagaimanapun, setiap kali tiba di sesuatu tempat, Encik Barchin tetap menerangkan apa jenis tanaman yang ada di sekitarnya.
Bas berhenti di Gözbaşi mola, sebuah tempat jual beli barangan berasaskan minyak zaitun di Balikesir.



 Sumber : Google 
Rasulullah S.A.W menganjurkan agar sentiasa menggunakan minyak zaitun kerana khasiatnya yang sangat tinggi, dan dihasilkan dari pohon zaitun yang diberkati. Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.

Sumber : Google 

Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 35, yang bermaksud:
Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca ( dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Alah Maha Mengetahui segala sesuatu.

FirmaA

Muka dah layu keletihan selepas menjelajah tapak runtuhan Kota Troy Purba...hiks! Tudung pun dah senget-benget! Tapi nak tunjuk juga tempat persinggahan ini.

 Bergambar di bawah pokok zaitun.

 Di hadapan Amie pun pokok zaitun.

Bila belek-belek gambar dalam kamera, baru tersedar ada sesuatu di dalam gambar. Mungkin susunan kayu dan tiang serta saluran dan bekas itu pernah digunakan sebagai tempat memproses minyak zaitun secara tradisional. Jangan salah tafsir, ini hanya pandangan sahaja ye...

Sebaik melangkah masuk ke dalam, seorang wanita Turki terus menyapa mesra dan ajak ambil gambar bersama. Bahasa Inggeris yang digunakannya tidak fasih, tapi cukuplah sekadar menyebut beberapa perkataan dan tunjuk isyarat tentang hasratnya untuk bergambar.


Kemudian dipanggilnya pula seorang wanita yang sedang berdiri di sudut, katanya itu mama... atau mungkin tuan punya tempat tersebut.

Marilah cuci mata dengan pelbagai barangan penjagaan diri berasaskan minyak zaitun tempatan. 


 Pelbagai jenis wangian dan kegunaan minyak zaitun.

 Botol-botol berisi minyak zaitun berkualiti tinggi tersusun rapi.

 Sabun pelbagai guna dan pelbagai aroma.



Tahan godaan?
Bagi yang mengetahui khasiat dan kegunaan minyak zaitun tentu tidak berfikir dua kali untuk membelinya walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi. Kalau tak mahu teringat-ingat dan rasa terkilan selepas keluar dari tempat ini, eloklah beli saja.


 Minyak zaitun.



 Losyen badan.



 Wanita Turki yang manis ini bernama Betse, juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama. Orangnya sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris.

Diberikannya Amie  dua bentuk 'mata biru' . Satu disematkan pada tali beg Amie, dan satu lagi diletakkan di tapak tangan Amie. Katanya, itu 'blue eyes' atau dalam bahasa tempatan disebut sebagai 'Nazar Boncugu'. Katanya lagi, orang Turki percaya ia adalah satu lambang untuk menjauhi perkara yang tidak baik. Amie ucapkan terima kasih dan senyum-senyum sahaja bila Betse kata, blue eyes itu akan melindungi Amie.






Amie beli sabun aroma bunga ros dengan harga TL35 setelah diberi diskaun. Kalau tak silap ini merupakan pembelian pertama Amie sewaktu berada di Turki. Pembelian pertama pada hari pertama ialah bayaran ke tandas sebanyak TL1...hihihihiii! Sementara menunggu rakan-rakan yang lain di dalam kedai, Amie keluar dan duduk di bawah pokok zaitun. Seronoknya kalau dapat sebakul barangan penjagaan diri berasaskan minyak zaitun seperti di bawah ini.

Hayati terus membawa kami ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Sementara itu, raba-raba beg kalau ada apa-apa snack yang boleh dimakan. Terjumpa coklat Kit Kat. Tak silap Amie coklat itu Amie ambil dari kapal terbang, tapi tak pasti sama ada dari KL ke Doha, atau dari Doha ke Istanbul. Itu tak penting. Yang penting, koyak pembungkusnya dan terus masuk mulut!

Di hati berkata : Nak belajar menapau epal macam Salawati!

Entri berkaitan kembara ke Turki:

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe