Turki (36) : Menyusuri Selat Bosphorus

11:11 PTG

Ini merupakan lawatan terakhir kami di Turki sebelum kami bergegas untuk sampai ke lapangan terbang sebelum pukul 5 petang. Alhamdulillah, kami sempat menyusuri Selat Bosphorus yang mempunyai kedalaman di antara 36 hingga 124 meter. Selat Bosphorus memisahkan Turki di bahagian Eropah dan Asia serta menjadi penghubung Laut Marmara dengan Laut Hitam. Panjang Selat ini lebih kurang 30km dengan kelebaran maksimum 3,700 meter pada bahagian utara dan minimun 750 meter antara Anadoluhisan dan Rumelihisan.
Dalam waktu yang terbatas, ditambah pula dengan melihat pelbagai pemandangan yang menakjubkan, tidak dapatlah Amie menghuraikan satu-persatu segala yang Amie lihat. Hanya rakaman gambar yang mampu menceritakan segalanya. Bagaimanapun, untuk mendapat pengalaman dan meneroka kawasan sekitar, eloklah rasanya peruntukkan waktu tertentu agar anda tidak terkilan apabila hanya melihat sepintas lalu sahaja.
Selain menyusuri Selat Bosphorus dengan menaiki feri dan melihat pemandangan tanah Eropah dan Asia dari dalam feri, anda juga boleh mengunjungi tempat-tempat bersejarah dengan menaiki bas atau menyaksikan keindahan kota Istanbul dari atas cable car.

Apa yang Amie dapat kongsikan sebaik sahaja menjejak kaki di selat ini ialah pemandangan air laut yang hijau kebiruan tetapi lebih banyak warna biru disebabkan kedalaman selat ini. Apabila matahari memancar, ombak-ombak kecil yang beriak membentuk buih halus yang cantik bersinar berwarna perak! Ditambah pula dengan kawanan burung yang terbang berlegar di angkasa menambahkan suasana 'hidup' di selat ini. Satu lagi, suhu di sini sangat sejuk walaupun ada sinaran matahari!
Perlahan-lahan feri meninggalkan jeti, dan kami mula merasai kedinginan tiupan angin laut! Pada masa yang sama, mata tidak terlepas menyaksikan pemandangan di kiri dan kanan selat, sementara telinga mendengar Encik Barchin menerangkan tentang pemandangan di sekitar dengan menggunakan pembesar suara dari dalam bilik (feri). Kami semua berada di bahagian atas feri, untuk menikmati pemandangan penuh!



Di kiri kanan selat memang padat dengan pelbagai bangunan dan tempat tinggal! Bagaimanapun, sesekali pemandangan tidaklah menyesakkan mata kerana ia terlihat kemas dan teratur. Ditambah pula dengan keadaan yang kelihatan bersih tanpa sebarang sampah.




Jambatan Galata ini menghubungkan kota lama Istanbul dengan kota modern.








Mari kita saksikan pemandangan dua benua dalam satu masa!
Ini ialah Masjid Dolmabache yang terletak di sebelah selatan Istana Dolmabache. Binaan masjid ini mengikut gaya Baroque. 

Istana Dolmabache (gambar atas dan bawah) merupakan tempat bersemayam 6 Kesultanan Turki sejak tahun 1856. Bagaimanapun setelah runtuhnya Empayar Uthmaniyyah, Mustafa Kemal Ataturk sebagai presiden Republik Turki yang pertama telah berpindah dari Istana Topkapi dan menjadikan istana ini sebagai tempat kediamannya sehinggalah menjelang saat kematiannya pada pukul 9.05 minit pada 10 November 1938.

Sekiranya anda berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sini, jangan lepaskan peluang untuk mengintai kemewahan istana yang dikatakan menelan belanja sebanyak 35 tan emas ini! Istana ini didirikan di atas kawasan seluas 11.2 hektar. Terdapat 285 binaan bilik, 46 buah dewan, 6 tempat mandi dan 68 buah tandas.



Salah sebuah sekolah menengah tinggi: Besiktas Anadolu Lisesi.

Four Seasons Hotel Istanbul.

Penginapan mewah di tepian selat!

Menurut Encik Barchin kebanyakan pengunjung hotel-hotel mewah di sini terdiri daripada golongan diraja Arab Saudi. Ini ialah Ciragan Palace, bekas istana Uthmaniyyah yang dijadikan hotel 5 bintang. Hotel mewah ini terletak di pantai Eropah antara Besiktas dan Ortakoy di Istanbul.
Pada mulanya ketika Encik Barchin menyebut harga untuk satu malam, Amie masukkan dari telinga kanan, keluarkan dari telinga kiri! Tetapi setelah Amie tanya pak google, benarlah seperti apa yang diperkatakan oleh Encik Barchin!
Untuk bilik diraja, harga untuk satu malam ialah sebanyak US 35,419,68! Ini merupakan kedudukan ke 14  harga paling mahal di dunia yang disusun oleh CNN pada tahun 2012!
















Salah sebuah universiti.





Turki : Pintu Gerbang Asia dan Eropah dihubungkan dengan salah sebuah jambatan di antara tiga buah jambatan yang dibina di Selat Bosphorus.





Sebuah masjid apung yang cantik tersergam di tepian Selat Bosphorus. Masjid Ortakoy ini dibina pada tahun 1854-1856 semasa Empayar Uthmaniyyah.


Walaupun tidak semegah Blue Mosque dan Aya Sophia, namun Masjid Ortakoy memiliki daya tarikannya yang tersendiri sebagai salah satu latar belakang bumi Istanbul.



Island Galatasaray. 
Penduduk tempatan memanggilnya  Club Suada atau Suada sahaja. Pulau ini dimilki oleh Football Club Galatasaray Liga Super Turki dan Liga Juara - Juara UEFA.

Island Galatasaray ini mempunyai kemudahan kolam renang bersaiz Olimpik. Segala perkhidmatan yang ditawarkjan adalah untuk mereka yang bercitarasa tinggi. Para pengunjung terdiri daripada golongan atasan.

Sepanjang menyusuri Selat Bosphorus, apa yang dapat Amie saksikan kebanyakannya kawasan perumahan mewah untuk golongan elit, selain deretan bot dan berpuluh-puluh feri yang tertambat di tepian selat. Banyak hotel mewah, masjid yang cantik dan pelbagai lagi. Sayangnya, Amie tidak memiliki cukup pengetahuan tentang apa yang ada di Selat Bosphorus, ditambah pula dengan kamera cabuk  Amie yang hanya mampu mengambil gambar seadanya!


Apa pun cukuplah sekadar ambil gambar untuk kenangan. Sebenarnya suhu yang sangat sejuk membuatkan Amie menggigil ketika mengambil gambar. Terpaksa buka sarung tangan, dan memang rasa kebas pada bahagian pipi dan mulut! 

Mencari sudut bercahaya untuk mendapat kehangatan sinaran matahari!

Adeeehhh..... Salawati! Kali ini aku terpaksa mengaku kalah dengan suhu sejuk di sini! Dah tak boleh nak kata orang gemuk banyak lemak, jadi sejuk tak boleh masuk badan!







Ada nelayan di sini! Nampak tak hasil tangkapannya itu?

Dan apa pula menara bulat di puncak sana?

Jom kita lihat dengan lebih dekat. Inilah yang dikatakan benteng atau tembok Rumelihiseri yang dibina pada tahun 1451 di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.

Benteng pertahanan ini didirikan di kawasan seluas 60,000 meter persegi dan mempunyai 4 menara utama.














Sebuah lagi tinggalan zaman pemerintahan Uthamniyyah yang masih utuh di tepian Selat Bosphorus ialah Beylerbeyi Palace atau Beylerbeyi Sarayi. Istana yang dibina pada tahun 1861-1865 ini merupakan tempat kediaman Kesultanan Uthmaniyyah semasa musim panas. 


Selain dijadikan tempat kediaman semasa musim panas, istana ini juga dijadikan tempat untuk lawatan pemimpin negara lain. Pada tahun 1869 Empress Eugenie dari Perancis singgah dalam rangka lawatan dalam perjalanan ke pembukaan Terusan Suez. Pelawat agung yang lain termasuklah Duke dan Duchess of Windsor.




Tanpa disedari feri sudah menghampiri jeti untuk berlabuh!


Ketika turun ke bahagian bawah, sempat ambil gambar di restoran ini.
Feri yang membawa kami mempunyai ruangan yang luas, mungkin disebabkan hanya membawa rombongan kecil kami sahaja!

Nampak tak binaan di tepi selat dengan bendera Turki berkibar di puncak menaranya?
Menurut Encik Barchin ini ialah Maiden's Tower.  Ia bagaikan sebuah pulau kecil yang dibina di selat. Menurut ceritanya, istana ini didirikan oleh sultan di tengah laut sebagai tempat tinggal puterinya. Puterinya diramalkan akan mati disengat ular berbisa. Untuk mengelakkan daripada kejadian tersebut menimpa puterinya, baginda mengasingkan puterinya dari tinggal di daratan. Bagaimanapun, ramalan tersebut dikatakan benar apabila suatu hari puteri baginda mangkat dipatuk ular berbisa yang diseludup masuk di dalam bakul buah anggur oleh pelayan istana.
Pada hari ini, Maiden's Tower dijadikan sebuah restoran.
Tibalah masa untuk menjejakkan kaki turun ke daratan!

Inilah feri yang membawa kami menyusuri Selat Bosphorus pada petang itu!

Tiba-tiba terlihat penjual jaket! Bukan jaket kulit kijang tau!
Amie pun meraba-raba poket, dan keluarkan beberapa keping lira! Nampaknya ada baki lebih 80 lira lagi! Eloklah habiskan di sini saja....hiks!

Tawar-tawar... dapatlah harga TL50!
Nampaknya rasa lebih berpuas hati daripada membeli coklat dan kacang di Grand Bazaar! Huh! Nampaknya peristiwa itu masih tidak dapat dilupakan!

Masa tidak menunggu kami untuk terus berada di sini!






Ambil gambar motosikal...sebab Fairuz suka tengok gambar motosikal! Boleh tunjukkan pada Fairuz.





Dan gambar-gambar bunga tulip yang hanya mampu dipandang dari dalam bas sahaja!






Selamat tinggal Istanbul!

Selamat tinggal bumi Turki!

Selamat tinggal tour guide kami yang baik, Encik Barchin dan pemandu bas kami yang sentiasa berhemah, Encik Hayati!

Entri berkaitan kembara ke Turki:

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe