Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - New Delhi

10:32 PTG

Saat yang ditunggu akhirnya tiba jua!
Seperti yang dirancang, kami akan terbang lebih awal dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk mengelak sebarang kelewatan atau kejadian yang tidak diingini. Pengalaman lalu banyak memberi pengajaran terutama kes  penerbangan delay mendelay nih!

Pada 17 Mac 2018, bersama hari Sabtu., lebih kurang 10.45 pagi kami menaiki teksi yang disewa khas menuju ke Lapangan Terbang Tawau. Tidak lain tidak bukan, kami memilih penerbangan Air Asia pergi dan balik. Terima kasih Abang Farid sebab tolong belikan tiket untuk Mommy. Harga tiket Amie kali ini RM698.95 sen termasuk harga bagasi dan makan.


Ehsan : Google

Sementara menunggu penerbangan kami yangdijadualkan pada pukul 4.10 petang, kami isi perut dulu! Memang rasa lapar sangat.

Macam sedaaap sangat mee hoon sup yang Amie makan tu! Kuah dan sambal kicap itulah yang rasanya menjadi penyedapnya! Kamsiah pula enak menikmati nasi ayam! Alhamdulillah, penerbangan kami tepat pada masanya, dan sampai ke KLIA2 sebelum pukul 7...7 petang atau 7 malam? Kalau di Sabah pukul 7 sudah menghampiri waktu Isya' tapi di KLIA2 masih terang benderang dan matahari belum tenggelam!

Seharian Amie tak makan nasi sejak meninggalkan LD, Amie cuba Nasi Mandy lauk lamb di KLIA2. Teringin pula hirup sup panas, jadi Amie pun pesan  yong tau foo kuah sup. Tak ingat dah, apa yang Kamsiah makan...hiks!

Biasanya Amie lepak saja di surau sementara menunggu penerbangan seterusnya, tetapi kali ini dapat rezeki bergolek-golek! Alhamdulillah, ada orang sudi jemput kami menemani nya tidur satu malam di Hotel Sama-Sama. Dapatlah kami merehatkan diri dengan teramat selesanya, dan sudah tentu boleh membersihkan diri serta menukar pakaian!

Terima kasih daun keladi buat Atie Said, Executive Director, orang kuat As Syukran Vacation Agencies Sdn Bhd. Sepanjang malam itu memang banyaklah cerita yang dikongsi disamping mengimbau kenangan tepat setahun lalu semasa Amie bersama teman-teman lain menjejakkan kaki di bumi Turki, dan ketika itu Atie Said mengiringi rombongan kami  tour leader dari Malaysia. Boleh klik di sini : TRAVELOGUE TURKI 2017 sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengalaman kami bersama As Syukran Vacation Agencies Sdn. Bhd. 

Ini merupakan kali pertama Amie menginap di Hotel Sama-Sama, bersebelahan dengan KLIA. Kali pertama jugalah naik buggy! Kamsiah pun rasa seronok sangat! Kan Kam? Kih kihkihhhhh!

Malam itu kami pun tidurlah dengan lenanya, dan sempat bermimpi bertemu Salman Khan di Kashmir! Aduhai..... ramai benar rakan yang mengirim salam kalau jumpa Salman Khan di sana! Ini mesti penangan filem Bollywood :  Bhajrangi Baijaan itu yang berlatar belakangkan bumi Kashmir! 

Memandangkan penerbangan kami dijadualkan pada pukul 6.00 petang, jadi kami pun bermalas-malas dulu dalam bilik...hiks! Nak turun mencari sarapan pun rasa malas! Bukan apa, alang-alang keluar bilik, eloklah sewaktu check out hotel nanti. Bolehlah solat Zohor dulu.

Rasanya tidak ada keperluan untuk tergesa-gesa ke KLIA. RM pun sudah tukar kepada rupee sebaik sahaja kami tiba di KLIA2 kelmarin petang.

Seperti biasa kalau jalan-jalan ke luar negara, tidaklah banyak Amie tukar RM, cukuplah sekadar untuk membeli cendera kenangan, terutama untuk diri sendiri....ahaks! Amie tukar RM2040.00 untuk mendapatkan INR30,000.00. Dengan matawang rupee ini nanti, kami akan gunakan untuk bayaran menaiki kuda di Pahalgam dan juga menaiki snow bike (jika teringin) di Gulmarg.

Kami putuskan untuk memesan sarapan pagi dari dapur hotel dan menikmatinya di dalam bilik sahaja! Alahai... sesekali nak breakfast room apa salahnya kan? Masing-masing memesan menu kegemaran. Atie memilih roti panggang dengan telur rebus setengah masak.

 Kamsiah: Jangan lupa 2 keping roti canai itu!
Mesti rasanya sungguh enak sepadan dengan harganya hihihiiiiii!

Amie nak cuba Nasi Lemak Hotel Sama-Sama. Meriah lauknya. Ada sambal sotong dan rendang ayam. Bismillah.

 Tak cukup dengan minuman yang dipesan, boleh buat minuman sendiri dalam bilik.

Selepas solat Zohor, kami meninggalkan ruang legar hotel bertaraf 5 bintang ini. Sekali lagi, terima kasih Atie kerana sudi tumpangkan kami di sini.

Ehsan : Google

Kami menaiki buggy bersama beg masing-masing menuju ke KLIA. Nampaknya dari tengahari lagi rakan-rakan dari Ipoh sudah tiba. Menjelang pukul 3 petang, kami check in bagasi dan seterusnya bergerak ke pintu masuk pelepasan antarabangsa.

Antara rakan yang akan bersama-sama menjejak kaki ke bumi India. Jumpa lagi dengan Salawati, rakan tegar kaki jalan! Juga Nor Hidayah, tapi tak ada pula gambarnya di atas sebab Amie dera dia tangkap gambar kami!

Haaaa... inilah dia Dayah! Sementara menunggu masa untuk terbang, kami singgah di kopitiam Old Malaya.

Kononnya perut masih kenyang setelah breakfast room di Hotel Sama-Sama! Rupanya kami tak boleh melawan alam! Mana boleh tahan sudah pukul 4 petang perut tak diisi selain sarapan pagi! Maka Kamsiah pun memesan mee rebus!

Amie pula pesan laksa nyonya. Sedap! Lepas makan nanti, janganlah pula perut meragam! Wahai perut! Engkau baik-baik sajalah ye sampai ke New Delhi nanti!

Ehsan: Google

Pertama kali Amie naik Malindo Air OD0205 Boieng 737-900 JET.
Pukul 6:00 petang dari KLIA dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi pada pukul 9.05 minit malam. Bukan 3 jam penerbangan ye, tapi 5 jam 35 minit. Kita tambah 2 jam 1/2 lagi mengikut waktu India! Maknanya waktu India 9.05 malam, waktu di negara kita sudah pukul 11.35 minit malam!


Mula-mula rasa tidak selesa berada di perut pesawat sebab gegaran yang kuat begitu mengganggu disebabkan kapal terbang memasuki awan tebal! beberapa minit kemudian, penerbangan kembali tenang seperti biasa.

Perjalanan mengejar matahari yang lewat tenggelam pun bermula!


Pramugari Malindo Air yang manis mengagihkan sebotol air mineral dalam sebuah botol yang comel!


Kami dihidangkan dengan makanan vegetarian, nasi beriyani dengan lauk kacang panjang dan kentang! Aromanya sungguh menggoda!
Dan akhirnya pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi! Pemandangan pada waktu malam dari udara sangatlah cantik! Di sana-sini penuh dengan cahaya lampu! Barulah Amie tersedar sekarang kami berada di tengah-tengah bandaraya yang padat penduduknya!

Tempat pertama kami tuju sebaik tiba di lapangan terbang sudah tentunya tandas! Mana-mana tandas yang kami temui di lapangan terbang yang besar ini, terpapar dua wajah berlainan jantina. Ha haaa...jangan salah masuk tandas dek terpesona dengan pandangan mata si jelita dan si kacak ini!

Selamat datang ke New Delhi!
Adapun kisahnya, kamera Amie hanya berfungsi dengan baik setakat ini sahaja. Selepas gambar di atas, Amie tidak dapat kongsikan gambar suasana di lapangan terbang kerana kamera Amie tidak dapat beroperasi seperti biasa! Huhuhuuuu...inilah padahnya fhotographer amatur!
Amie hanya boleh mengharapkan dari dua buah telefon bimbit yang Amie bawa bersama untuk menangkap gambar seterusnya!


3 comments

  1. Hmm..alamak..benda paling riso ni..kalau camera rosakkan..alahaii

    BalasPadam
  2. Mizzura,
    walaupun amatur, sedikit sebanyak kena timba ilmu juga huhuuuu... kualiti hp tak sama dgn dslr.

    BalasPadam
  3. Berapa rm penerbangan pergi dn balik? Saya kira nak pergi india mumbai tp tak pasti berapa kos diperlukn . Boleh suggest tk mana2 guide?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe