Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang

10:15 PG

Akhirnya, saat yang ditunggu pun tiba.
Apalagi kalau bukan check in hotel dan membersihkan diri, tunaikan solat jamak dan berpakaian bersih untuk keluar makan malam pula. Maklumlah seawal 11.30 pagi pada 14 Oktober bermusafir dari Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Padang - Bukit Tinggi dan pada 15 Oktober 2017, menjelang pukul 6 petang barulah dapat membersihkan diri dengan sempurna! Alhamdulillah.  
Nampaknya PULSA yang dibeli tidak dapat berfungsi dengan baik sepanjang perjalanan kami, jadi kami hanya bergantung kepada WIFI di hotel sahaja! Pada ketika itulah kami dapat berhubung dengan keluarga masing-masing.
Pesan Pak Herman:
Jam 7 malam perlu berada di lobby hotel untuk keluar makan malam.

Sebelah siang atau tengahari, Pak Herman membawa kami ke tempat makan 'berat', manakala menjelang malam pula Pak Herman mencadangkan memakan makanan yang agak ringan pula. Itulah sebaik-baiknya diet yang kita perlukan. Jadi, kami bebas memilih hidangan yang digemari serta segelas jus buah pilihan masing-masing. Dari hotel lagi kami sudah membayangkan makanan yang panas dan ringan seperti sup, tapi bila nampak ayam penyet, masing-masing berminatlah pula untuk menjamu selera Nasi Ayam Penyet Wong Semarang!

Huurrmmm..... eloklah order jus nanas untuk lancar penghadaman setelah makan 19 piring lauk (dari ikan bilis sampai ke kerbau) di Rumah Makan Aie Badarun...ahaks!

Ni lagi satu, salah faham bahasa! Nasib baik pernah dengar 'nila' itu ikan talapia. Kami sangka itik nila...kihkihhhh! Nampaknya, malam itu Jusna berminat untuk mencuba nila bakar!


Posing-posing dahulu sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba.

 Semuanya nampak ceria belaka!

 Walaupun sebenarnya letih!

 Lepas makan nanti, kita balik hotel ye.

 Nasi Ayam Penyet Goreng

 Nasi Ayam Penyet Bakar


 Nila Bakar

Alhamdulillah.....
Selesai makan kami kembali ke hotel, dan terus melelapkan mata. Tak tahulah malam itu mimpi apa, sebab tak sedarkan diri sehinggalah pukul 3.30 pagi (4.30 pagi waktu Malaysia) keesokan harinya! Automatik terjaga dari tidur sebab kebiasaannya pukul 4.30 pagi memang sudah sedia untuk memulakan rutin harian. 

Terima kasih Pak Herman. Untuk hari pertama sahaja, Pak Herman sudah menunjukkan khidmat yang sangat cemerlang! Moga hari-hari berikutnya bukan sahaja cemerlang, tapi gemilang dan terbilang!
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399 


Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

3 comments

  1. Jus dia nampak sedap je. Saya rasa jus timun pertama kali di Bukit Tinggi. Bila buat sendiri tak sama rasa macam di Bukit Tinggi. Lepas tu jus jeruk memang sedap. Jus kat Bukit Tinggi rasanya asli dan sedap. Wah jus nenas tu bagus untuk mencernakan perut ya.

    BalasPadam
  2. Notie,
    bila berada di sini memang kena ambil kesempatan menikmati jus buah-buahan sepuasnya, banyak pilihan.

    BalasPadam
  3. suka sangat makan kat sini. Teringat2 jus sirsak....betul kate amie, jus buah-buahan banyak pilihan dan sedap-sedap belaka.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe