ADSENSE

Jumaat, 11 Ogos 2017

Udang Masak Sambal Lengkuas

Pernah makan nasi dengan Udang Masak Sambal Lengkuas?
Pernah sekali, seorang rakan sekerja, Cikgu Waritie mempelawa Amie makan pulut cecah dengan sambal lengkuas. Sempat jugalah Amie bertanya serba sedikit tentang resepi sambal tersebut. Cikgu Waritie gunakan udang kering, tapi Amie tambah dengan udang basah. Balik rumah, Amie pun pandai-pandailah ikut suka hati sendiri nak olah macamana ...hiks! Yang penting bahan asasnya ialah udang kering, cili padi serta lengkuas.
Jom cuba resepi yang Amie kongsikan ini.  Amie gunakan lengkuas muda yang diparut, dan kemudian Amie perahkan airnya.

Bahan-bahan:
300 gram isi udang basah
1 labu bawang besar - cincang
150 gram lengkuas muda - parut dan kemudian perahkan airnya
1 sudu kecil pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan 
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
30 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil belacan
3 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang

Cara memasak:
1, Panaskan minyak. Tumis bawang besar cincang hingga kekuningan. 
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit aroma. Kemudian masukkan lengkuas parut. Masak menggunakan api sederhana sehingga pecah minyak.
3. Kemudian tambahkan pati asam jawa, udang basah, garam / gula / perasa pilihan.
4. Setelah udang basah masak / berubah warna, padamkan api dapur.

 Pada Amie, kalau tak bubuh udang basah pun sambal lengkuas tetap enak! Malah boleh tahan lebih lama.

Tiada ulasan: