ADSENSE

Jumaat, 30 Disember 2016

Resepi Amie's Little Kitchen di majalah SAJI Edisi Januari 2017

Esok 31 Disember 2016. 365 telah berlalu. Moga tahun baharu 2017 lebih bererti berbanding tahun 2016. Sudah semestinya semua kembali sibuk dengan urusan masing-masing! Di kesempatan keemasan ini Amie ingin kongsikan paparan resepi kuih tradisional yang tersiar dalam Majalah SAJI Edisi Januari 2017.



 Dapatkan senaskah sebelum kehabisan di pasaran ye!
Ini antara kuih tradisional yang hampir dilupakan, dan jarang dijumpai!
Semuanya disertai dengan gambar langkah demi langkah!

 Kuih Lemper... kuih tradisi masyarakat Jawa yang kian pupus!

 Kuih Keria resepi dulu-dulu. Sekarang sudah fenomena keria gula Melaka atau keria antarabangsa!

Ini Kuih Pasung. Di tempat lain ada yang panggil Kuih Tepung Pasung. Kuih Pasung ini versi Melayu Cocos. Ada sagu biji di dalam adunannya. Ia merupakan sejenis kuih yang sangat popular dan wajib ada pada malam 27 Ramadhan atau malam tujuh likur. Setiap rumah akan menyediakannya dan akan bertukar-tukar kuih tersebut di masjid selepas solat terawih. Simboliknya menunjukkanya bulan yang besar mengambang menjadi semakin kecil.

Ini Cucur Badak. Kuih yang penuh kontroversi kerana tak ada rupa badaknya! Ada yang letak seekor udang bertenggek di luar cucur. Ada yang gunakan pisang masak sebagai pembalut inti. Pendek kata macam-macam versi ada.

 Ini Bingka Keladi. Biasa tengok dan biasa makan kan?

Ini Brengkes Labu atau Pais Labu. Juga kuih tradisi masyarakat Melayu Cocos. Wajib ada semasa kenduri-kendara terutama semasa musim arwahan.

14 ulasan:

Faudziyah Haji Ariffin berkata...

Salam Amie...Tahniah. Resepi menarik tu

Nooriah Abdullah berkata...

Wah Mie nk kena dapatkan jugak ni
Banyak yg menarik tu
Tahniah dari kaknoor

liv alyssa berkata...

Selamat tahun baru amie,terima kasih atas perkongsian resepi2 yg menarik.blog ini byk membantu saya.

LiNa_Pg berkata...

Tahniah kak amie

cikkyra blogspot berkata...

wah! tahniah :)

Phong Hong berkata...

Happy New Year, Amie! Congrats, resipi Amie jadi pilihan majalah Saji :)

Amie berkata...

Faudziyah,
Terima kasih... ini jew yang mampu dikongsi.

Kak Noor,
terima kasih kak. Resepilelama kak.

Amie berkata...

Iiv,
selamat tahun baru juga. Terima kasih kembali sudi datang sini.

Lina,
Tq Lina.

Amie berkata...

Cikkyra,
terima kasih :)

PH,
Tq darling :)

Gee® berkata...

Tahniah Amie... makin glamour lah dia... hehe

hazila berkata...

Tahniah Amie.

Amie berkata...

Gee ang Hazila,
terima kasih banyak!

Adam berkata...

Kenapa tiga lagi blog amie tu dibiarkan terbengkalai.

Thank you for sharing this masakan.

Amie berkata...

Adam,
memang selalu teringat nak update blog yang lain tu, tapi entah kenapa asyik nak masuk dapur jew... Kena buat jadual ni supaya semuanya sentiasa kemaskini.