Bercuti ke Surabaya : Penanjakan - Bromo - Malang (6) : Berguling-Guling di Padang Rumput Savana @ Bukit Teletubbies

11:03 PTG

Siapa pernah tonton rancangan kartun Teletubbies yang terkenal suatu ketika dahulu?
He he heee... ada lima watakkan?
Tinky-Winky, Dipsy, Laa Laa dan Po...
ooohooo hanya empat wataklah!
Ngeeeee... tapi yang di bawah ni ada lima kepala pulak!


Jeep terus membawa kami ke suatu daerah yang sudah tentu tidak asing bagi pencinta keindahan alam!
Kini kami berada di Padang Rumput Savana atau lebih dikenali dengan nama Bukit Teletubbies. Kenapa pula disebut Bukit Teletubbies , sama seperti filem kartun teletubbies? Katanya, ia dapat jolokan sedemikian kerana bukit ini mirip bukit teletubbies dalam filem tersebut. Cuba tengok gambar bukit tersebut di bawah ini. Sama tak macam dalam filem tu?

Gambar :  Google


Boleh klik pautan sebelumnya di bawah ini:

Tidak dapat menyaksikan matahari terbit dari puncak Penanjakan bukanlah sesuatu yang mengecewakan atau merasa kekurangan, malahan apa yang kami alami dan temui seterusnya mampu mengubat segala rasa tersebut! Paling tidak dapat kami lupakan, entah apa sebabnya sepanjang berada di Blok Savana hanya derai tawa yang memenuhi suasana!
Di sinilah kami menikmati betapa indahnya alam semesta ciptaan-Nya! Suasana sunyi dan sepi kami pecahkan dengan hilai tawa! Berguling-guling dan beraksi di atas rerumputan menghijau, dan tidak jemu-jemu memandang bukit bukau dan gunung ganang di sekitar!


 Tinky-Winky, Dipsy and Laa Laa!


Ketika kami sampai, ada pasangan pengantin sedang beraksi di hadapan jurukamera. Ada apa tu di atas...  oh! Ambil gambar guna drone camera!

 Jom masuk Blok Savana.

 Gambar ini khas untuk Akmi...huhuhuuu! Cik Kak...Kak Cik!

Amie tak pasti pukul berapa pada ketika ini. Waktu dalam kamera pun dah lari! Mungkin pukul 10 pagi! Kata Hadi Purnomo, makan bakso di sini sedap. Ap[a tak sedapnya... aromanya supnya saja sudah cukup menggamit selera! Maklumlah di bawah kaki gunung yang dingin, bila jumpa sup panas tentu dah tepat sekali jodohnya!

 Sabar menanti semangkuk bakso!


 Wajah pemandu kami yang sabar melayan karenah bawel kami...hihihiiii!

Bakso sudah sampai ke meja tapi menurut tuan punya Bakso Malang, isinya sudah habis! Tinggal gorengan aja... ya boleh saja makan gorengan pak! Perut sudah lapar kok!

Boleh tak bayangkan....
Suasana sejuk di kaki gunung.
Perut lapar!
Datang semangkuk sup panas yang aromanya menusuk selera di hadapan mata!


Bakso Malang... yang tinggal cuma gorengan (istilah untuk bahan gorengan berupa wantan) dan kuah sup serta pentul...atau pantulan! Entah apa namanya bola-bola daging tu!

Wah! Ini aksi menarik! Seseorang duduk bertenggek di atas batang kayu sambil menghirup semangkuk bakso!

Kemudian datang seseorang terus duduk dengan selimut kain pelikat di hadapannya. Tidak lain dan tidak bukan, si penjual Bakso Malang! Ohhh... rupanya bila ada pelangan datang dia akan buka selimutnya untuk sediakan bakso. Setelah selesai, dia duduk berpeluk tubuh menahan sejuk!

Rupanya dia empunya kuda putih itu!
Sudah kenyang menikmati semangkuk bakso barangkali ya.....

 Dah kenyang makan bakso, tibalah masa guling-guling atas rumput pulak!



 Dah tak tahu nak posing yang macamana... hantam sajalah labu!







 Kabus masih menutupi bahagian atas banjaran gunung. 

Kata Hadi Purnomo, masa untuk pulang sebenanya sudah agak lewat. Memang betul pun... dalam jadual sebenarnya pukul 10 pagi kami sudah check-out dari hotel. Tapi kami masih berguling-guling atas padang rumput savana. Sepatuitnya kami bersarapan di hotel, tapi kami sudah isi perut di Penanjakan dan makan bakso di sini!

Kata penjual t-shirt ini: Kamu tangkap foto dia saja  (tunjuk ke arah dua pemandu jeep kami. Saya tidak difoto! Amie pun ambil gambarnya. Akmi...ni satu lagi foto untuk kamu ya. 

 Wokey laaa.. Faiz, tataplah sepuasnya Bukit Teletubbies tu sebelum kita berangkat pulang!

 Jom Ramle. Berangkat kita... tunggu apa lagi?
Sudah lewat ini.

Kami singgah di Pasir Berbisik. Kata Hadi Purnomo... ada batu bentuk singa... nampak tak batu kecil di hujung tu. Ada rupa singa ke?

Amie tanya lagi, kenapa dinamakan Pasir Berbisik? Kata Hadi Purnomo, tempat ini dahulunya pernah dijadikan lokasi penggambaran filem berjudul Pasir Berbisik. Amie tanya lagi, bagaimana bunyi pasir berbisik? Hadi bersiul... begitukah bunyinya? Itu pasir bersiul, bukannya pasir berbisik pak!


Terima kasih kepada kedua-dua pemandu jeep kami, Hadi Purnomo dan seorang lagi... lupa namanya sebab Amie tak buat catatan tapi namanya bermula dengan huruf M... Mauduk, atau Mardhuk lebih kurang begitulah. Minta maaf seandainya anda berdua terbaca catatan ini dan naman kalian salah ejaan. Hadi itu yang sebenarnya mungkin Andi Purnomo! Rasanya kami kumpulan yang agak lewat keluar dari kawasan ini...

Jom Jusna... apa ditunggu lagi!
Tak nak balik ke?


Terharu pulak rasanya bila terkenang kembali suasana yang kami lalui sepanjang hari bermula seawal pukul 2 pagi! Tekak pun terasa agak perit, mungkin terlalu banyak ketawa, tapi entah apa yang lucunya sehingga boleh ditertawakan beramai-ramai!
Syukur kepada Allah kerana memberi izin untuk kami menikmati segala ciptaan-Nya bermula dari puncak Penanjakan untuk melihat kemunculan mentari, kemudian menyaksikan keajaiban gunung-ganang yang berjajaran di sekitar kawah Bromo, seterusnya tidak puas-puas memandang kehijauan di padang rumput Savana dan merentasi lautan pasir!

Jangan lupa, entri seterusnya kerana perjalanan kami bukan setakat di sini saja.

Entri berkaitan :
Bercuti ke Surabaya (1) : Lahad Datu - Tawau - KLIA2 - Bandara Juanda, Surabaya
Bercuti ke Surabaya (2) : Dari Bandara Juanda Surabaya ke Cemoro Lawang
Bercuti ke Surabaya (3) : Melihat Bromo Sunrise dari Puncak Penanjakan
Bercuti ke Surabaya (4) Gunung Batok
Bercuti ke Surabaya (5) Naik Kuda ke Kawah Gunung Bromo!
Bercuti ke Surabaya : My Brownies
Bercuti ke Surabaya (6) : Padang Rumput Savanah @ Bukit Teletubbies
Bercuti ke Surabaya (7) : Menginap di Hotel Bromo Permai
Bercuti ke Surabaya (8) : Bermalam di Seulawah Grand View Hotel, Malang.
Bercuti ke Surabaya (9) : Air Terjun Grojogan Sewu
Bercuti ke Surabaya (10) : Petik Epal di Kebun Apel malang
Bercuti ke Surabaya (11) : Taman Selecta
Bercuti ke Surabaya (12) : Makan Tengahari di Resto Bu Atik
Bercuti ke Surabaya (13) Toko Istana Buah dan Oleh-Oleh Ayunda
Bercuti ke Surabaya (14) : Pasar Apung Nusantara
Bercuti ke Surabaya (15) : Bermalam di Varna Culture Hotel Soerabaia
Bercuti ke Surabaya (16) : Tips dan Persediaan

2 comments

  1. Kalau orang lelah asma pergi ke kawasan gunung berapi..tak elok untuk pernafasan.

    BalasPadam
  2. Ya, betul tu... yang tak ada asthma pun kena jaga juga.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe