Madinah al-Munawarah

3:28 PTG

Entri terakhir ini sekadar mengimbas kembali kenangan Umrah 2014 yang boleh dikongsi dengan catatan lepas iaitu:


Menjelang malam, kami tiba di Kota Yang Bercahaya (Madinah a-Munawah) dan tempat penginapan kami selama beberapa hari ialah di Mubarak Silver Hotel.


 Bilik penginapan kami.
Lengkap dengan segala kemudahan.
Selesa.

 Masjid Nabawi hanya lebih kurang 200 meter dari tempat penginapan.

Hanya dua gambar di atas sahaja yang Amie ada untuk dikongsikan. Maknanya, kenangan di sekitar Masjid Nabawi dan segala peristiwa yang dirakam hanya ada dalam ingatan, sebab semuanya 'terdelete'. Apabila azan mula kedengaran, semua peniaga meninggalkan barang niagaan masing-masing dan bergegas menuju ke masjid untuk solat berjemaah. Kemudian, selepas solat mereka menyambung semula perniagaan mereka. Di sini banyak jualan lambak, murah dan pelbagai. Kalau nak lihat lebih banyak pilihan, bolehlah masuk ke dalam gedung perniagaan di bahagian dalam bangunan.

Alhamdulillah, pagi pertama kami berada di sini kami dapat memasuki Masjid Nabawi dan solat sunat di Raudah, walaupun suasanya begitu sesak! Namun di bahagian lelaki, menurut Farid, suasananya begitu santai! Nampaknaya jumlah wanita begitu ramai berbanding lelaki! Keesokan harinya dan seterusnya kami dapat masuk lagi ke ruangan tersebut. Suasanya memang tidak dapat dirakiam kerana  peraturannya sangat ketat, tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan kamera. Memang banyak gambar Amie ambil gunakan telefon tapi barangkali rezeki untuk kongsikan tidak ada!


 Ini bas yang digunakan untuk membawa kami melawat di sekitar Madinah.

 Antara tempat yang kami lawati.



 Pasar Kurma.

 Selain kurma, pelbagai jenis kacang dan kudapan dijual di sini.


 Tak ingat dah apa nama kurma yang dijual. Kita boleh merasa buah kurma sebelum membeli.

Kurma saiz kecil warna hitam yang dibahagian tengah tu ialah kurma Ajwa, kurma kegemaran Rasulullah s.a.w. Rasanya inilah kurma yang paling mahal berbanding kurma yang lain. Kalau tak silap Amie, harhanya ketika itu sekitar 80 rial setiap satu kilogram.


 Kurma yang lain mempunyai rasa yang berbeza, ada yang agak liat, keras tapi tetap  sedap dan manis.


 Ketika itu bukan musim buah kurma masak.

 Ini buah kurma muda di atas pokok.

 Lebat buahnya kan!

Ini buah kurma yang belum masak.

 Pasar kurma dilihat dari luar.

 Kami meneruskan perjalanan,

 Melawat ke tanah Perkuburan Baqi.

 Tanah perkuburan ini dihalang oleh tembok hanya hanya boleh dilihat 
melalui jaringan besi.

Tidak ada sebarang tanda ditinggalkan, tetapi di bawah tanah
 inilah tersemasinya para syuhada.

Mutawwif tidak henti-henti menerangkan keadaan sekitar termasuklah Bukit Uhud dan suasana peperangan Uhud. Teringat sewaktu belajar Pendidikan Islam, bagaimana Ustazah Rodiah menerangkan tetang peristiwa Perang Uhud. Rupanya Bukit Uhud tu gondol tak ada sebarang pokok untuk berlindung! Masha Allah!


Meneruskan ziarah ke beberapa buah tempat yang lain. Maaf sekali lagi sebab tak dapat terangkan dengan jelas sebab tak buat catatan dan ingatan pun dah berkurangan...

Paha hari yang lain, sekiranya ada kelapangan  kami berjalan-jalan di sekitar tempat penginapan. Mutawwif memang dah pesan, kalau nak membeli, eloklah di Madinah. Apa pun di mana-mana saja boleh kita membeli termasuk di Mekah. Bezanya suasana di Madinah lebih santai dan selesa, memandangkan di Mekah fokus kita di sana adalah untuk mengerjakan umrah dan kalau boleh ingin menghabiskan kebanyakan masa di Masjidil Haram.


Walaupun pihak pengurusan menyediakan makanan, tetapi kami ingin juga merasa makanan tempatan yang dijual di sini.

 Setiap kali membeli makanan, Farid delalu dapat makanan 'bonus' iaitu roti!

 Walaupun beli nasi! Tetap dapat roti.


Pada suatu waktu, Bonda tak berapa sihat. Oleh kerana Amie dan Farid akan menunaikan solat Zohor di Masjid Nabawi, Amie pastikan Bonda tidak kelaparan sekiranya kami terlewat sampai. Amie tanya Bonda nak makan apa. Kata Bonda kalau boleh carikan ikan goreng! Amie dengan Farid berkeliling... berjalan di sekitar mencari restoran, kalau-kalau ada yang jual ikan goreng. Alhamdulillah.... terjumpa sebuah restoran Pakistan yang sedang sibuk menyediakan hidangan tengahari. Harga sekeping ikan goreng ialah sebanyak 10 rial. Amie ingin beli sepotong, tetapi pekedai berikan dua potong. Alhamdulillah. Sampai bilik, bila Bonda makan, kata Bonda... ini ikan patin goreng! Nasinya pula, sebungkus berharga 5 rial. Sangat banyak! Makan 3 orang pun tak habis! Itu pun pekeedai tambah lagi dengan sekeping roti!

 Bonda suka meratah timun yang dihidangkan di dewan makan. Jadi, bila terjumpa timun di kedai, Amie belikan sekali untuk Bonda.

 Tidak ketinggalan jus buah yang sangat lazat!

 Pelbagai jenis jus buah dijual di sini.

 Apalagi, Amie pun simpanlah dalam peti sejuk dalam bilik.

 Antara makanan kegemaran Farid yang sempat dibeli di Madinah.

 Nasi beriani besama lauknya.

Saat yang ditunggu sudah pun tiba. Kami berangkat ke lapangan terbang untuk kembali pulang ke tanah air. Pihak pengurusan menyediakan kami sebungkus nasi mandy ayam yang sangat sedap sebagai alas perut sebelum menaiki pesawat! Kami menaiki Saudi Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Pr Mohamad bin Abdulaziz dan kemudian transit bselama satu jam di Riyadh sebelum meneruskan penerbangan ke KLIA.

Tiba di KLIA, ketika menunggu kereta sampai untuk pulang ke kampung, kami terserempak semula dengan mutawwif kami. Mutawwif Amirul memperkenalkan ibu serta nendanya kepada kami. Tiba-tiba ibunya bertanya kepada Amie (seolah-olahnya dia mengenali Amie).... setelah 'memusing memutar kepala' selama beberapa minit, kami berpelukan semula! Ibu Mutawwif Amirul ialah rakan sekelas Amie sewaktu bersekolah dahulu! Ya Allah! Bolehnya lupa.... sedangkan satu sekolah dari Tingkatan 1 hingga 5!

Mutawwif Amirul (tak silap menjadi mutawwif ketika cuti semester - belajar di Syria - maaf kalau tersilap), tak putus-putus mengucap syukur di atas pertemuan ibunya, Rosimah dengan Amie! Panggilan 'kakak' setiap kali bercakap dengan Amie sepanjang umrah ziarah di Mekah dan Madinah  tu patutnya jadi 'makcik' tau... ha ha haaaaa.... Masha Allah!

 Oleh-oleh selain 10 liter air zam-zama, untuk sanak saudara dari tanah suci....


Innalillahiwainnailaihi raaajiuuunnnn....
Pada 31 Mei 2014 ketika kami berangkat ke kota Mekah, Allah berikan ujian buat kami terutamanya Bonda! Dengan izinmu jua ya Allah, Kau panjangkan usia adinda kami Amin Fauzi, sehingga kami selamat menunaikan umrah. Kemudian Engkau berikan kesihatan kepadanya dan Engkau kembalikan kegembiraan buat Bonda kami dan keluarga. Namun, Engkau lebih menyayangi adinda kami. Maka pada 2 Jun 2015, tepat setahun selepas peristiwa 31 Mei 2014 itu.... Engkau ambil adinda kami kembali menghadap-Mu. Kami redha ya Allah. Daripadamu kami datang kepada-Mu jua kami akan kembali.
(Gambar ini Amie ambil pada 10 September 2016, minggu lepas ketika Amie pulang ke kampung menziarahi Bonda dan keluarga).


1 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe