Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo

7:00 PTG

5.30 petang bersamaan 9 September 2016. Pada petang Jumaat itu, dijadualkan terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Keadaan cuaca yang tidak begitu baik di Lapangan Terbang Kota Kinabalu menyebabkan masalah kelewatan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu, dan turut menjejaskan penerbangan balik dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Penerbangan yang sepatutnya dijadualkan pada pukul 4 petang pula tertunda sehingga ke pukul 6 petang! Kesian para penumpang yang mula resah gelisah kerana ada yang memikirkan betapa lewatnya nanti apabila tiba ke Kota Kinabalu, kerana ada yang terpaksa tukar penerbangan menggunakan Air Asia! Dan jarak waktunya pula.... sudah tentu ada yang mustahil untuk dicapai! Seterusnya, setelah berdebar-debar menunggu kapal terbang turun (berpusing-pusing di ruang udara Lahad Datu kerana cuaca yang tidak mengizinkan), akhirnya, MAS WINGS yang sepatutnya menerbangkan kami pada pukul 5.30 petang berjaya mendarat. Lebih kurang 6.10 petang, pesawat meninggalkan Lapangan Terbang Lahad Datu membelah angkasa yang mula gelap ( waktu Maghrib).

Ehsan : Google

MH3023 MAS WINGS
9 September 2016
Jumaat
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu : 7.30 malam.

Ehsan : Google

Dijadualkan terbang pada pukul 8.05 minit, tapi tertunda sehingga pukul 9.50 minit malam.
MH2631
Tiba di KLIA : 12 tengahmalam.
Setelah mengambil bagasi, bertolak dari KLIA ke kampung pada pukul 12.35 malam dan berhenti minum sebentar di R&R Dengkil. Aton mula mengantuk.... katanya nak minum kopi dulu.
Sampai kampung pukul 2.30 pagi.
Alhamdulillah... Bonda sihat walafiat.
Tapi, hanya mampu bertemu keluarga untuk seketika!
ETIHAD Airways sedang menunggu di KLIA!

Ehsan: Google

Pukul 9 malam, 10 September 2016.
Bertemu Lucinda di Airport KLIA.
Terima kasih Lucinda kerana sudi mengajak Amie jalan-jalan ke Bosnia!
Sebenarnya Lucinda sudah berada di airport sejak siang tadi. Syukurlah penerbangannya dari Kota Kinabalu ke KLIA tidak tertunda!

Pukul 11 malam, kami bergerak ke kaunter ETIHAD Airways untuk check-in.

Alhamdulillah, urusan check-in untuk Amie berjalan lancar. Boarding pass untuk Amie dikeluarkan sehingga ke Belgrade-Sarajevo. Lucinda pula, rupanya sudah chenck-in secara online. Akan tetapi  boarding pass Lucinda hanya dikeluarkan sehingga ke Belgrade sahaja. Memandangkan Lucinda sudah begitu banyak melalui pengalaman berurusan dengan pelbagai penerbangan luar negara, jadi Amie lihat dia begitu tenang sekali merujuk staf ETIHAD di kaunter.
Kata Lucinda:
i. Barding pass untuknya hanya boleh dikeluarkan oleh Air Serbia di Belgrade.
ii. Sebaik sahaja sampai di Airport Belgrade, terus berurusan dengan staf Air Serbia di bahagian customer service untuk mendapatkan bording pass ke Airport Sarajevo.

Ehsan: Google


10 September 2016
Sabtu
2. 10 pagi
Meneruskan penerbangan dari KLIA ke Abu Dhabi dengan menaiki pesawat ETIHAD  Airways  EY 0413 (Airbus Industrie A3332 Jet)
Tempoh penerbangan : 7 jam 20 mini - Kuala Lumpur Airport ke Abu Dhabi Airport, United Arab Emirates.
Tiba di Terminal 3 AUH pada pukul 5.30 pagi.
Transit di sini selama 3 jam. Sempat solat Subuh di musolla.


Wajah ceria Lucinda di pagi hari ketika transit di Abu Dhabi. Beberapa minit sebelum meneruskan penerbangan ke Belgrade.
(Beza waktu di sini dengan negara kita kira-kira 4 jam). Bermakna Subuh di sini, di tempat kita sudah pukul 9 atau 10 pagi.


Ehsan : Google

Meneruskan penerbangan untuk selama 5 jam 40 minit lagi. 
Dari Airport Abu Dhabi ke Nikola Tesla Airport, Belgrade, Serbia. Menaiki Airbus Industrie A319 Jet. EY 5995.
Terbang pada pukul 8.35 pagi dan sampai pada pukul 12.15 tengahari.
Setibanya di Airport Serbia, perkara pertama yang ingin diselesaikan ialah untuk mendapatkan boarding pass ke Airport Sarajevo.
Belum pun sempat Lucinda menerangkan, staf di bahagian customer servis bertanya:
Are you travelling with Miss Salami Simon?
Wah! Nama aku disebut lidah Serbian!
Alhamdulillah..... syukur! Tak sampai dua minit, urusan selesai!

Kami transit di sini selama satu jam.

Ini barulah gambar yang Amie tangkap sendiri dari dalam kapal terbang ketika bergerak menuju ke Sarajevo.

Ehsan : Google

Sambung penerbangan selama 55 minit lagi... aaahhh! Betapa leganya bila dah nak sampai!
Dari Nikola Tesla Airport, Belgrade, Serbia kami terbang lagi untuk sampai ke Butmir Airport, Sarajevo, Bosnia and Herzegovina.
Terbang pada pukul 13.50 dan sampai pada pukul 14.45 dengan menaiki pesawat ATR Turboprob.

 Meninggalkan bumi Serbia.

 Pemandangan kecil bumi Serbia dari udara.

 Menghampiri bumi Bosnia and Herzegovina.

 Mengintai bumi Bosnia and Herzegovina dari balik awan.

 Kelihatan bentuk muka buminya yang menghijau dan bergunung-ganang.


 Tayar kapal terbang dah nak cecah landasan!

 Međunarodni aerodrom Sarajevo.

Jangan lupa!
Duit yang kami bawa tu dalam bentuk EURO!
Boleh terus tukar di sini untuk mata wang Bosnia yang dikenali sebagai marka. Penduduk di sini menyebutnya KM ( dalam sebutan mereka ka (k) dan m sama sebutan dengan kita). KM ialah Konvertibilna Marka. ! EURO bersamaan : 1.95580KM.
Akan tetapi, mata wang EURO tetap diterima dalam segala urusan jual beli di negara ini. Jadi kami tukar sebahagian daripada EURO kami di sini. Kata Lucinda, sebahagian EURO yang kita simpan boleh ditukar di tempat pengurup wang di luar airport.
(Pada masa Amie tukar RM ke EURO di Lahad Datu, jumlahnya 1 EURO bersamaan dengan RM4.60. )

Berkenalan dengan mata wang asing.
Ini jumlah KM yang Amie tukar dengan 200 EURO.


 Dah ada EURO dan marka.
Jom kita keluar dari Međunarodni aerodrom Sarajevo.


Assalamualaikum.
 Dobrodošli u Bosni i Hercegovini!


Entri berkaitan:

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe