Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!

6:02 PTG

Setelah berkilo-kilo meter berjalan kaki melihat itu dan ini di sepanjang Sungai Miljacka dan sekitar Sarajevo Old Town, kami sepakat untuk masuk ke sebuah kafe untuk membasahkan tekak! Sebenarnya perut sudah terasa lapar, barangkali disebabkan suhu yang agak dingin sepanjang pagi itu. Alhamdulillah, sebaik sahaja melangkah masuk ke Caffe Slastičarna Saraj, terdengar ucapan 'Assalamualaikum' dari bibir seorang wanita cantik berkulit putih yang agak terlindung sedikit tubuhnya di belakang almari kaca yang dipenuhi dengan pelbagai dessert mengalu-alukan kedatangan kami.
Jadi, tengahari itu kami isi perut dengan manisan untuk mendapatkan semula tenaga yang telah hilang setelah perjalanan panjang merentas lautan dan daratan!

Inillah yang membuatkan daku terus jatuh cinta pandang pertama!

 Caffe Slastičarna Saraj.

Dari dalam kafe atau ketika duduk menikmati hidangan di bahagian luar kafe, kita dapat menikmati pemandangan di sekitar terutamanya Sebilj, iaitu sebuah pancuran air yang pernah digunakan untuk berwuduk sebelum menunaikan solat di masjid yang berhampiran. Burung merpati banyak terbang dan hinggap di sekitarnya.

 Pemandangan di seberang jalan dari dalam kafe.

 Deretan kedai makan yang lain bersebelahan Caffe Slastičarna Saraj.


Jom kita masuk ke dalam....





Lucinda memilih dua potong kek dan segelas lemonade atau limunada dalam bahasa tempatan. Kalau tak silap setiap sepotong kek berharga 6KM .

Amie nak rasa sepotong puding roti berkaramel (tak ingat nama tempatan) dan panna cotta. Untuk basahkan tekak, Amie memesan segelas boza, sejenis minuman tradisional musim sejuk. Panna cotta berharga 3KM manakala puding roti 2KM.

Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke kafe ini, Lucinda pasti memesan  segelas limunada dan Amie memasan segelas boza. Banyak juha ilmu baru yang kami dapat ketika berada di sini. Buat kali pertamanya, kami memahami maksud perkataan 'racun' yang membawa makna resit atau bil. Minuman kami berharga 1.5 KM segelas. Bermakna dalam RM lebih kurang RM3 (lebih sedikit), sebab waktu itu kiraan 1KM ialah 1/2 EURO. 1 EURO bersamaan 2KM. 1 EURO pula sama dengan RM4.60.  

Minta maaf ye adik manis...
Sebab nak tahu jenis minuman dan dessert di sini, sampai minta adik ni tuliskan dalam buku catatan ..... Hvala!



Ambil kesempatan untuk mendalami budaya masyarakat di sini. Terjumpa sebuah buku masakan bersaiz kecil di sebuah kedai buku. Dari sinilah Amie mula mengenali pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat Bosnia and Herzegovina. Apa yang menarik di dalam buku kecil ini turut diterangkan asal-usul makanan serta pengaruh Timur dan Barat, Turki, Timur Tengah dan Mediterranean serta Eropah Tengah.

Pada hari yang lain, kami singgah lagi di sini dan mencuba pula pencuci mulut yang lain seperti tufahije. Tufahije yang dikenali sebagai 'queen of Bosnian light desserts' dan dipercayai berasal dari Baghdad ini ialah sejenis pencuci mulut yang diperbuat daripada buah epal yang direbus bersalut dengan sirap manis dan di dalamnya diisi dengan parutan kacang walnut dan almond. 

Tufahije terasa enak dimakan dalam keadaan sejuk, dihias dengan krim dan juga taburan kacang tumbuk.

 Gambar atas : Burma Kadaif.
Gambar bawah : Kadaif.


Lucinda suka yang lembut kaya penuh berkrim!








Hari terakhir sebelum meninggalkan tanah Bosnia and Herzegovina yang cantik ini, sempat mencicipi hurmasica dan segelas boza.
Ukusne poslastice!


Entri berkaitan:




0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe