Steamboat di Pak Long Kopitiam, Plaza Shah Alam.

10:47 PTG

Maaf ye kawan-kawan...
Kita asyik paparkan jalan-jalan cari makan jew.... bukan apa, sesekali tu nak juga kongsi hidangan yang kita rasa di tempat lain setelah sekian lama kongsi hasil air tangan kita. Kebetulannya sewaktu kita balik kampung, Aton (kakak kita) rajin bawa kita jalan-jalan. Bila dah penat berjalan, tekak pun rasa dahaga. Perut pula minta diisi. Apa lagi, singgahlah kita di mana-mana warung atau restoran yang kita rasa nak masuk...ahaks!

Aton tunjukkan set steamboat yang terpampang di luar restoran. Ada set steamboat ayam, daging dan juga makanan laut. Sebelum ini kami memang bercadang nak makan steamboat tapi bila difikirkan semula... macam tak larat nak makan sebab biasanya menu steamboat ni macam-macam. Sayang dah bayar banyak tapi makan sikit jew.... he he heee. Kami pun masuklah ... kita, Aton dan Meera ke rumah Pak Long...ooohh Pak Long Kopitiam rupanya! 

Kata Meera, perutnya masih kenyang sebab pekena nasi goreng cina di Khadijah's Kitchen tadi. Perut kita... masih ada lagi ruang kosong yang boleh diidi...ngeeee...

Satu set steamboat disediakan untuk dua orang. Kami pilih set prawn dengan harga RM25.90. Rasa sangat santai di sini sebab tempatnya bersih dan tersusun rapi. Dapur untuk masak steamboat pun comel jew...dapur elektrik. 

Ini dia set prawn yang dipesan. Ada pelbagai jenis nampaknya jika dilihat dari sebelah sisi... Jom kita tengok sisi sebelahnya pula seperti di bawah ini.

Ada telur puyuh sebiji...seekor udang kertas segar bertenggek atas fish ball dekat dengan mee. Udang tu sebenarnya tak adalah diletak single sekor macam telur puyuh nan sebijik tu...

Ooohh... ada 7 ekor semuanya...Hihihii... sempat mengiralah pulak kita ye...

Ada fish roll yang dipotong comel diletak berasingan dalam sebuah mangkuk kecil. Nasi goreng pun disediakan juga...semangkuk! Aton kata nasi goreng tu sedap, tapi kita tak nak makan sebab takut makanan lain tak boleh masuk perut yang ruangannya sangat terhad ketika itu!

Kita pilih sup tom yam untuk mendidihkan bahan steamboat. Sup tom yam berharga RM3.00. Aton masukkan semua sekali bahan set prawn dalam periuk tom yam yang sedang mendidih. Suka hatilah ko... asalkan sedap dimakan!

 Haa... beginilah rupa steamboat set prawn kami tuh...

Jom makan!
Bismillah...
Eh! Sedap tau...
Udang tu memanglah rasa macam udang... sup tom yam tu yang sedap!

Walaupun hanya dua jenis sos yang disediakan, tapi dua-duanya sedap! Kita jew yang asyik cicah sos... Aton dan Meera tak ambil pun sebab sup tom yam tu dah cukup sedap! He hee... nampaknya satu set prawn untuk berdua cukup untuk kami bertiga!

Kami cukup berpuas hati dengan layanan dan hidangan di sini. Kalau nak makan steamboat di siang hari, datanglah ke sini.
Oh...yaaaa, kita lihat harga keseluruhan makanan yang kami nikmati di sini:

Set Prawn                 :   RM25.90
Sup Tom Yam            :   RM  3.00
Lemon Tea Hot         :   RM  6.20 ( RM3.10 X 2 gelas)
Tea Ice                     :   RM  3.60
Air Kosong 2 gelas     :   RM 00.00
Sun Total Before Discount   :  RM 38.70
GST 6%                               : RM    2.44
Service Charge 5%               : RM    1.94
Total Sales                          : RM  43.08
Rounding Adjustment          : RM    0.02

TOTAL                                 : RM43.10

Pak Long Kopitiam ni letaknya di sini:
Pak Long Kopitiam
Lot LB Level 1, Plaza Shah Alam,
Jln. Tg. Ampuan Zabedah 9/E9, Seksyen 9,
41000 Shah Alam, Selangor.


0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe