Mencari Nasi Lemak Basmathi di Khadijah's Kitchen

11:07 PG

Ahad lepas, kita berkesempatan berjalan-jalan di pasar minggu Shah Alam. Terima kasih sebab Aton dan Meera sudi bawa kita ke sana. Sempat jugalah makan soto jawa tapi tanpa pegedil... kata tuan gerai pegedil dah habis!. Lepas tu jalan-jalan lagi...  sampailah perut rasa lapar.

Pusing-pusing keliling akhirnya Aton cadangkan cuba makan di restoran kepunyaan penyanyi Khadijah Ibrahim yang terletak di Berandah, Plaza Shah Alam. Bila nampak banner di atas tu... rasa teruja pula nak cuba keenakan hidangan di Khadijah's Kitchen. Tak sabar nak merasa Nasi Lemak Basmathi yang sudah tentu cukup istimewa!

Kami diperkenalkan dengan beberapa pilihan hidangan  tengahari  termasuklah mee rebus, nasi goreng cina, nasi lemak, laksa penang dan sebagainya. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan. Hanya RM7.90 termasuk minuman. Minumannya pula hanya ada 2 pilihan iaitu sprite dan satu lagi minuman bergas (kalau takk silap..pepsi).  Kita nak makan nasi lemak tapi tak mahulah minum minuman bergas, Sayangnya bila kita pesan nasi lemak, katanya nasi lemak belum siap..... adeeehhh rasa kecewalah juga sebab masa tu dah pukul 1 tengahari....kok nasi lemak tak siap lagi.

Kita order cendol.... RM6.20.
Mungkin santan segera atau santan kotak yang digunakan dalam cendol ni.... sebab rasanya tak sama dengan cendol yang biasa kita nikmati di tempat lain.

 Meera order nasi goreng cina sekali pakej dengan minuman sprite. RM7.90.

Kita dan Aton order laksa penang. 2 mangkuk laksa Penang sekali pakej dengan 2 gelas minuman sprite. Aton kata kuah laksa Penang sangat pekat dan terlebih masam. Tak tahulah selera Aton... sebab Aton bukannya asing dengan laksa penang... suami Aton orang Penang.

 Dah selesai makan... sempat tangkap gambar di situ. Restorannya bersih. Pelayannya peramah. 

Dekorasinya cantik dan nampak santai. Sepanjang tangga naik ke restoran ini, kelihatan berpasu-pasu pokok herba termasuk serai, limau purut dan sebagainya. Aton kata.... nampak tak pokok-pokok tu nak gondol...sebab digunakan untuk masak... he he heee.. 

Mmmm.... akhirnya dapat juga makan-makan di restoran penyanyi Khadijah Ibrahim walaupun tak dirancang.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe