Sedapnya Apam Pisang Tanpa Telur!

2:05 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua.

Apam pisang kukus di loyang,
Buat sarapan seisi keluarga,
Hingga kini masih terkenang,
Resepi Bonda tak ternilai harga!


Seingat Amie masa kecil dulu Bonda kalau buat apam pisang memang tak pernah bubuh telur dan minyak! Selepas mengaji al-Quran dan solat Isya', kami adik-beradik akan duduk mengelilingi Bonda mengadun tepung dan pisang yang  ditambah ibu roti untuk menghasilkan apam pisang yang gebu, di bawah sinaran lampu gasolin. Kemudian Bonda kukus dalam loyang menggunakan dapur kayu sehingga apam masak sebelum tidur. Apam pisang ini Bonda akan jadikan hidangan sarapan kami sekeluarga pada sebelah pagi. Biasanya sebelum kami bangun pagi, Bonda sudah siap potong apam pisang dan letakkan di bawah tudung saji.


Hari ini Amie berkesempatan buat apam pisang, walaupun di pertengahan jalan Firdaus sibuk buat 'kerja' di dapur. Akhirnya jadilah juga apam pisang lemak manis buat sarapan pagi kami anak-beranak. Amie tak gunakan telur, tapi Amie tambah minyak jagung dalam adunan. Ingatkan nak gunakan gula perang, tapi rupanya dah habis. Jadi Amie gunakan gula kastor saja, untuk rasa yang tidak begitu manis sebab pisang yang digunakan pun dah ada rasa manis.

Bahan-bahan:
1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
2 biji pisang lemak manis - hiris nipis untuk hiasan

Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

Entah kenapa... adakah disebabkan rupa apam pisang ini comel, Firdaus dan Fairuz suka makan pulak! Selalunya, hanya Amie dan Encik Suami saja yang makan! Kali ini bersih.... licin... alhamdulillah!


Sama dirasa jiran dihulur,
Pilihan betul menu yang sihat,
Berminyak jagung, adunan tak bertelur,
Kurang kolesterol enak berkhasiat.

14 comments

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. adusss Mie dah tergolek sebijik bak lah sini sedang ngopi ni nk buat malasss heehe

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Amie.
    InshaaAllah bila ada kelapangan masa nanti nak kena cuba resipi ini.. nmpk sedap!

    BalasPadam
  5. sedapnya......ptg ni jugak nk cuba....

    BalasPadam
  6. sedapnya......ptg ni jugak nk cuba....

    BalasPadam
  7. Hirisan pisang diletak selepas atau sebelum kukis

    BalasPadam
  8. Norhidayu,
    diletak sebelum dikukus....
    4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
    5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
    6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

    BalasPadam
  9. Tq yer tuan rumah.. sy buat apam pisang mlm ni sbb syg ke pisang yg tk de org mkn.. hehe

    BalasPadam
  10. Aslmkum Amie, mmg tak perlu tambahan air ye, mcm bancuhan kek. Kalau guna pisang lain, pisang apa yang sedap? Sbb pisang lemak manis mmg susah nak dapat.

    BalasPadam
  11. salam klu letak gula perang berapa ye sukatan?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kak.. terima kasih dgn resepinya. mudah, sedap dan yang penting gebu gebasssss. sungguh laa menjadik apam ni walau xdak teloq.. hihihi.. smlm buat sbb banyak sgt pisang emas yg dah masak kt rmh.. moga akk sekeluarga dimurahkan rezeki yaa.. amiin

    BalasPadam
  13. Kongsi resepi, berapa biji ye kalau acuan lompang boleh dpt ikut bancun tu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe