Nasi Timbel Komplit : Asian Food Festival - Indonesia

10:36 PTG

Akhirnya siap juga hidangan Nasi Timbel Komplit yang Amie rasa begitu menarik dan unik ketika menyediakannya dari atas dapur sehinggalah terhidang di meja makan! Pelbagai aroma memenuhi ruang dapur ketika Amie menyiapkan lauk pauknya yang Amie pilih untuk memasaknya termasuklah Ayam Panggang Serai, Empal Gepuk, Sayur Asam, Tauhu & Tempe Bacem, Sambal Ulek serta ulam-ulaman seperti hirisan timun dan tidak ketinggalan daun kemangi!


Berdasarkan rujukan GOOGLE, Amie dapati nasi timbel mempunyai sejarah dan asal usulnya yang tersendiri sebagai nasi bekalan untuk para petani dari Tanah Sunda ketika turun ke sawah. Nasi yang masih panas terus dibungkus di dalam daun pisang muda, dan sudah tentunya ketika dibuka untuk dinikmati akan timbul aroma yang enak sekali! Ditambah pula dengan adanya lauk pauk pilihan yang pelbagai termasuklah empal gepuk, ayam goreng atau ayam bakar (panggang), rempeyek kacang tanah, tauhu dan tempe bacem, ikan dan sebagainya termasuklah ulam-ulaman. Disebabkan begitu banyak pilihan lauk pauk yang boleh dinikmati bersama nasi timbel, Amie putuskan 


Memandangkan ini merupakan percubaan kali pertama Amie menyediakan Nasi Timbel Komplit, jadi Amie mengambil masa untuk membayangkan, dan memikirkan lauk pauk serta cara penyediaannya termasuk mengumpul bahan-bahan yang diperlukan. Seronok rasanya dapat merasai sendiri pengalaman berharga ini... walaupun resepi dari negara serumpun tapi bila Amie memasak di dapur sendiri ternyata timbul aroma yang agak berbeza dari kebiasaan! Bayangkan.... untuk Ayam Panggang Serai yang menggunakan cekor (kencur) sebagai salah satu bahan, dan kemudian dimasak terlebih dahulu sebelum dipanggang. Walaupun penggunaan cekor hanya 1 cm tetapi aromanya mempengaruhi bahan bumbu yang lain! Begitu juga dengan Empal Gepuk. Ketika memasaknya bersama bahan ramuan serta santan di atas dapur... Amie fikir tak perlu lagi untuk digoreng sebab pada ketika itu kuahnya yang Amie cicipi terasa sungguh lazat!


Untuk membuat nasi timbel, Amie gunakan resepi dari SINI. Terima kasih buat WIKIBUKU.

Resep Bahan Nasi Timbel Komplit:
1 liter beras (Amie gunakan sukatan cawan) - cuci bersih
1 liter air - didihkan
daun pisang secukupnya - untuk membungkus

Cara:
1. Kukus beras selama 35 menit. Angkat.
2. Tuangkan beras  ke dalam mangkuk cekung, kemudian siram dengan air mendidih. Biarkan sampai air terserap.
3. Kukus beras dalam panci pengukus sampai matang.
4. Ambil selembar daun pisar yang telah dilayukan dengan api.
5. Panas-panas bungkus nasi sambil dipadatkan.


Resepi : Ayam Panggang Serai
Sumber :  Koleksi Sajian Indonesia oleh Veleria S Mangunsaputra

Bahan-bahan:
3 paha ayam - potong menjadi beberapa bahagian atau biarkan utuh
1 sudu besar air lemon
sedikit garam
3 helai daun salam
1 batang serai - memarkan (dititik)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar minyak goreng
100 ml air

Bahan kisar:
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 cm halia
1 batang serai - bahagian yang putih sahaja kemudian potong kecil
1 cm cekor
1 sudu besar gula palem (gula merah)
1/2 sudu teh garam

Tambahan1 sudu besar kicap manis untuk mengolesi, ditambah dengan sisa bumbu kisar dan 1 sudu teh minyak goreng.

Cara:
1. Lumuri ayam dengan garam dan air lemon. Diamkan 15 menit, lalu cuci dan keringkan.
2. Bumbu, kisar semua bahan-bahan sehingga halus menggunakan pengisar makanan atau lesung.
3. Panaskan minyak, masukkan bumbu yang sudah dikisar halus. Tambahkan serai dan daun salam.
4. Masukkan ayam, kicap manis dan air. Masak hingga ayam 3/4 matang.
5. Bakar ayam di atas arang atau dalam oven dan olesi dengan bahan olesan yang sudah disiapkan.


Resepi : Empal Gepuk
Sumber : Koleksi Sajian Indonesia oleh Veleria S. Wangunsaputra

Bahan-bahan:
500 gram daging lembu batang pinang
3 helai daun salam
1 cm halia (memarkan - ketuk)
1 liter air
200 ml santan
minyak goreng

Bahan kisar halus:
8 biji bawang merah keci
5 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar lengkuas parut
2 sudu besar gula palem (gula merah)
1 sudu teh garam
1 sudu besar air asam jawa

Cara:
1. Didihkan air lalu masukkan daging, daun salam dan halia. Masak hingga daging matang. Dinginkan dan hiris tipis daging. (Dalam sesetengah resepi Empal Gepuk Amie dapati selepas daging dihiris hendaklah dimemarkan - diketuk sehingga pipih).
2. Kisar semua bahan bumbu. Dalam periuk tuangkan santan dan masukkan bahan kisar kemudian masukkan daging. Masak sampai mendidih dan santan berkurang (meresap ke dalam daging).
3. Panaskan minyak lalu goreng daging hingga berwarna sedikit kecoklatan.


Resepi : Sayur Asam
Sumber : Koleksi Sajian Indonesia oleh Veleria S. Mangunsaputra

Bahan-bahan:
1 labu siam - potong dadu kecil
1 terung - potong kecil lalu rendam dalam air
a bungkus buah malinjo
1 ikat daun malinjo - pisahkan dan buang batangnya
50 gram kacang tanah - rendam dalam air
5 batang kacang panjang - potong 1 cm
1 jagung manis - dipotong menjadi ukuran kecil
2 cm lengkuas - memarkan (diketuk)
3 helai daun salam
1 sudu besar asam jawa - rendam dengan sedikit air
1 sudu teh gula
1 liter air

Bahan kisar halus:
5 biji bawang merah kecil
1 sudu teh belacan
2 cili merah
1/2 sudu teh garam

Cara:
1. Didihkan air lalu masukkan kacang tanah dan jagung manis. Masak sehingga matang.
2. Masukkan bumbu kisar kemudian labu siam, buah melinjo, lengkuas dan daun salam.
3. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan kacang panjang, daun melinjo dan air asam jawa.
4. Cubalah, sup hendaknya terasa sedikit masam dan manis.



Sambal Terasi  (Sambal Belacan) & Tauhu Tempe Bacem Amie jadikan sebagai pelengkap hidangan Nasi Timbel Komplit selain ulam hirisan mentimun, daun salad dan juga daun kemangi. Untuk resepi Tauhu & Tempe Bacem bolehlah rujuk DI SINI

Bahan-bahan:
tempe dan tauhu secukupnya - Amie gunakan 12 kepingan tempe & 4 keping tauhu
600ml air kelapa - jika tidak ada boleh juga gunakan air biasa
2 helai daun salam
1 batang serai - dititik
2cm lengkuas - diketuk
1 sudu teh pati asam jawa

Bahan kisar / tumbuk halus:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan gula merah - boleh kurangkan/ tambah untuk cita rasa masing-masing
1 sudu teh ketumbar
2 biji buah keras
sedikit garam

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan tumbuk, serai, lengkuas, daun salam dan pati asam jawa ke dalam periuk berisi air kelapa.
2. Masukkan tempe dan tauhu. Didihkan di atas api sederhana.
3. Biarkan kesemua bahan meresap ke dalam tempe & tauhu sehingga rebusan mula mengering.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
5. Goreng tempe & tauhu, tetapi jangan sampai kering. Goreng sekejap saja.
6. Angkat dan toskan.

Sementara resepi Sambal Terasi pula bolehlah klik DI SINI. Terima kasih buat Infooresep.blogspot.com

Bahan sambal terasi :
15 buah cabe rawit merah
9 buah cabe merah ukuran besar
5 siung bawang merah
2 siung bawang putih
2 sendok teh terasi matang
1 sendok makan gula merah
½ sendok teh garam
Minyak goreng secukupnya, untuk menumis

Cara Membuat Sambal Terasi:

Bersihkan cabe merah dan cabe rawit, goreng hingga layu. Angkat. Kupas bawang merah dan bawang putih kemudian digoreng juga hingga agak kering. Angkat. Selanjutnya cabe merah, cabe rawit, bawang merah, bawang putih, garam dan gula merah di ulek (dapat juga diblender agar lebih cepat). Tambahkan terasi kemudian ulek lagi sampai rata. Siap disajikan



Jom... nikmati Nasi Timbel Komplit dan jangan lupa... di hujung sekali ada segelas minuman buah avokado!






"I am submitting this post to Asian Food Fest: Indonesia hosted by Alice from I Love. I Cook. I Bake"




4 comments

  1. sedapnyaaaa... sudah lama sekali saya tak makan nasi timbel :)

    BalasPadam
  2. apa tu Empal gepuk?tak dapat la saya nak merasa tengok gambar pun jadilah.

    BalasPadam
  3. hai amie samat pagi,lama tak terjah sini tengok resipi :)

    sekali pi sini mata dijamu dengan hidangan yang sungguh menyelerakan tu..

    berkenan pulak dengan sayur asam lain dari yang lain..

    rasa dier macam tom yam ker amie? masam pedas ..

    BalasPadam
  4. bestnya kalau dapat sepinggan nasi timbel...hihihi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe