ADSENSE

Sabtu, 3 Ogos 2013

Tips & Cara Membuat Kek Lapis Supaya Terhasil Dengan Sempurna

Assalamualaikum.
Amie terpanggil untuk membuat entri ringkas tentang cara membuat kek lapis supaya terhasil dengan sempurna. Ini berikutan sejak 3 hari lepas sehinggalah tengahari tadi, beberapa orang rakan FB menceritakan masalah mereka yang terpaksa menanggung keletihan dan rasa kecewa disebabkan kek lapis yang dihasilkan tidak memuaskan dan ada yang hangus! Ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati kerana kek yang dihasilkan berminyak! Setelah meluangkan sedikit masa bersembang dengan mereka, akhirnya dapatlah Amie rumuskan beberapa perkara yang perlu diambil kira walaupun kita anggap ia perkara kecil tetapi sebenarnya memberi impak yang besar.... sebab, dengan sedikit kesilapan seperti membiarkan atau melebihkan masa dalam tempoh 5 minit sahaja (terutama lapisan terakhir), kek lapis anda mungkin hangus di bahagian atas dan sekaligus anda berasa lemah longlai dan tidak berbaloi bersengkang mata sepanjang malam kerana telah menghabiskan masa selama 4 hingga 5 jam di depan oven! Dan sudah tentu anda akan berasa sangat kesal kerana terlupa untuk menukar butang kepanasan dari atas ke bawah selain menukar suhu maksima hanya semata-mata untuk mendapatkan hasil kek lapis yang masak seragam & sekata (di peringkat paling akhir proses membakar)!


Pertama:
Sekiranya anda ingin membuat kek lapis, pastikan anda telah membaca resepi pilihan anda dengan teliti. Baca beberapa kali sehingga anda benar-benar faham dan rujuk kepada seseorang yang biasa menghasilkan kek lapis sekiranya terdapat keraguan. Terdapat pelbagai cara dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan kek lapis. Jika anda tidak biasa membuat kek lapis atau baru pertama kali mencuba, pastikan 100% gunakan bahan dan langkah seperti yang tertera dalam resepi.

Kedua:
Buat keputusan muktamad sama ada hendak mengukus atau membakar sebab dengan menggunakan bahan yang sama anda boleh membuat pilihan cara kukus atau bakar. Kali pertama Amie menghasilkan kek lapis seperti di atas ialah dengan kaedah mengukus sebab Amie tidak yakin boleh menjaga api oven untuk menghasilkan kek lapis yang sempurna. Ini disebabkan sewaktu Amie belajar membuat kek lapis di kelas masakan, guru masakan kami juga membuat silap! Kek lapis yang dihasilkan hangus di bahagian bawah kerana terlupa memadamkan / menutup butang api bawah, sebaliknya menggunakan kedua-dua api atas dan bawah. Ini kesilapan yang dilakukan oleh guru masakan, yang memang sudah biasa atau berpengalaman, tetapi bagaimana pula dengan Amie atau anda yang tidak biasa menghasilkan kek lapis (pada masa itu). Dan untuk beberapa biji kek lapis seterusnya Amie tetap menggunakan kaedah kukus sehinggalah Amie banar-benar yakin untuk menggunakan kaedah bakar.

Rujuk entri Amie tentang Panduan (Penting) Asas Untuk Membuat Kek DI SINI

Persediaan Membakar
Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu, sekurang-kurang 12-20 minit sebelum membakar. Buka pintu ketuhar 2 minit sebelum kek dibakar. Pastikan anda membiasakan diri dengan ketuhar yang terdapat di dapur anda. Patuhi peraturan penggunaan seperti yang disyorkan oleh pengilang. Pandai-pandailah bermain api, kerana lain ketuhar lain ragamnya.
Posisi yang paling elok untuk diletakkan loyang pembakar ialah di rak yang kedua (tengah), tetapi jika anda mahu menggunakan dua lapisan rak, sesuaikan kedudukannya agar tidak bertindanan. Bubuh loyang di rak tengah terkedepan sedikit, manakala yang di rak bawah, biar terkebelakang sedikit. Jangan sekali-kali letak loyang terlalu hampir dengan dinding ketuhar.

Mengukus
Sekiranya anda memilih untuk memasak dengan kaedah ini, sentiasa didihkan air di dalam kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus. Untuk mengukus kek buah, anda harus mengambil masa berjam-jam. 
Bagi mengelakkan anda terlalai sehingga air kukusan kering, bubuh batu kerikil atau guli di dalamnya. Apabila air surut, batu itu akan menari dan berlaga dengan bunyi keretup keretap, mengingatkan anda agar air mesti segera ditambah. Amie sendiri pernah buat silap semasa mengukus kerana terlupa menambah air sehingga kering air kukusan. Ini terjadi sewaktu Amie menyiapkan tempahan Kek Lapis Chocolate Peanut Butter. Pelanggan meminta Amie mengukusnya dan kemudian membakarnya pula.



Kek Lapis Cheese Masam Manis di atas merupakan kek lapis pertama Amie gunakan kaedah bakar. Dan di bawah ini pua Amie gunakan kaedah bakar untuk kali yang kedua. Sudah tentu nampak perbezaannya terutama dari segi teksturnya yang lebih lembut untuk percubaan bakaran kedua berbanding yang pertama. Ada dua kesilapan yang Amie lakukan untuk bakaran kali pertama. Amie gunakan tepung gandum  sedangkan resepi asal gunakan tepung Hong Kong dan Amie potong semasa kek masih panas, dan kebetulan pula pisau yang digunakan tidak tajam! Apa pun Amie berpuas hati kerana dari situ Amie telah mempelajari sesuatu!


Amie memulakan langkah seterusnya dengan mencuba versi penggunaan kuning telur sepenuhnya! Kek Lapis Cheese Masam Manis di atas menggunakan resepi yang sama dengan kek lapis bakaran yang pertama, tetapi Amie tukarkan 10 biji telur sepenuhnya kepada 20 biji kuning telur! Amie gunakan tepung Hong Kong dan Amie dapati kek lapis bakaran kedua ini sangat lembut, lebih enak dan berganda-ganda rasa puas hati!



Ketiga: 
Sediakan semua bahan dan peralatan di tempat anda bekerja dan perlu ingat, hanya bahan-bahan yang berkualiti sahaja yang boleh menghasilkan kek lapis yang sedap dan cantik seperti yang dikehendaki. Jadi, sekiranya bahan yang digunakan ialah mentega berkualiti tinggi, janganlah tukar kepada marjerin atau buttercup pula. Amie telah mencuba pelbagai jenama mentega berkualiti tinggi termasuk jenama Anchor, Golden Churn dan sebagainya. Namun akhirnya Amie memilih jenama Wood Dunn yang Amie rasa merupakan pilihan yang paling tepat untuk kek lapis yang Amie hasilkan.(Kredit sepenuhnya untuk Cikgu Fauziah Biran yang menyarankan Amie mencuba Wood Dunn). Melihat sahaja tanda harganya mungkin anda akan berfikir sehingga 33 kali untuk membelinya, tetapi setelah melihat hasilnya anda mungkin tidak akan berfikir lebih daripada sekali untuk memilihnya! Namun, terpulang kepada citarasa masing-masing kerana selera terletak di tangan anda. Di Lahad Datu misalnya, harga mentega tulen tidak sama untuk setiap kedai. Golden Churn dijual dengan harga setinggi RM79.90 untuk 2kg, dan Amie pernah membelinya dengan harga yang agak murah iaitu RM77.60sen 2kg dan baru-baru ini di sebuah pasaraya ditawarkan potongan harga sehingga RM74.90 untuk 2kg. Namun begitu Amie sudah memutuskan untuk menggunakan Wood Dunn memandangkan hasilnya sangat sempurna, dan terasa wanginya, walaupun harga yang ditawarkan mencecah RM82.90sen untuk 2kg di sebuah kedai, dan RM81. 50 sen di kedai yang lain. Bagaimanapun Amie agak bernasib baik kerana berkesempatan meninjai-ninjau di sebuah pasaraya dan mendapat harga serendah RM70.90 untuk harga promosi selama beberapa hari! Mentega tulen jenama Anchor yang agak murah sedikit berbanding mentega kualiti tinggi yang lain, sebenarnya tidak kurang juga enaknya dijadikan sebagai pilihan utama anda! Untuk keju krim pula, memandangkan tiada bekalan yang mencukupi dari jenama Philadephia yang ternyata menjadi pilihan ramai, Amie terpaksa akur dengan jenama Anchor yang sebenarnya tidak kurang juga lazatnya! Tambahan pula untuk memenuhi tempahan Amie terpaksa membeli dalam jumlah yang berganda, dan sudah pasti Amie menghadapi masalah yang sama untuk mendapatkan harga yang minima! Untuk mendapatkan kelazatan yang berganda, anda mesti sanggup mengeluarkan modal yang maksima! Amie rasa semua sedia maklum, harga barangan di negeri Sabah memang lebih tinggi berbanding di semenanjung kecuali ikan dan sayur! Bagi anda yang baru belajar mengambil tempahan, pastikan anda mempunyai lebihan bahan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Misalnya, telur yang digunakan mesti mencukupi sebagaimana bilangannya dalam resepi. Untuk memastikan telur yang digunakan dalam keadaan baik, pecahkan telur di dalam bekas terlebih dahulu dan kemudian baru masukkan sebiji demi sebiji ke dalam pengadun. Sekiranya anda memecahkan telur di dalam adunan, kemungkinan salah sebiji di antara telur yang anda gunakan itu busuk... rosaklah adunan anda keseluruhannya!


Jika kita perhatikan dan bandingkan beberapa resepi kek lapis, memang terdapat perbezaan semasa proses penyediaannya. Ada yang mengadun beberapa bahan tertentu terlebih dahulu  diikuti dengan bahan seterusnya dalam satu adunan dan ada pula yang mengadun secara berasingan. Berdasarkan buku resepi Sarawak Layer Cakes, panduan asas yang diberi ialah membuat adunan secara berasingan dan kemudian dicampur menjadi satu. Misalnya Bahan A yang terdiri daripada tepung Hong Kong, gula dan ovallete serta kuning telur,  dan perisa vanilla dipukul dalam sebuah bekas, manakala Bahan B yang terdiri daripada mentega dan susu dipukul dalam bekas yang lain dan kemudian disatukan.
Amie ikut kaedah guru masakan dengan memukul satu persatu bahan dimulai dengan mentega, ovallete atau baking powder, gula kastor, cream cheese dan parmesa cheese, diikuti dengan telur satu persatu, susu pekat, tepung dan diakhiri dengan horlicks. (Merujuk resepi Kek Lapis Cheese Masam Manis DI SINI


Keempat:
Untuk mendapatkan lapisan yang cantik, sukat adunan dengan menggunakan senduk(anggaran 1/2 cawan). Gunakan sukatan yang sama untuk setiap lapisan. Gunakan hanya api di bahagian atas ketuhar, iaitu api grill atau pemanggang untuk membakar kek lapis demi lapis. Apabila sesuatu lapisan masak, tekan lapisan itu dengan menggunakan penekan khas supaya semua lapisan rata dan sekata. Jika tiada penekan, gunakan buntut gelas. Semasa prose membakar, jika terdapat gelembung udara timbul di permukaan kek, cucukkannya dengan lidi atau garfu. Alhamdulillah setakat ini jarang sangat Amie terjumpa gelembung udara di permukaan kek yang dihasilkan, tapi Amie tetap tekan juga permukaannya. Di bawah ini merupakan salah satu kek lapis Sarawak yang Amie cuba dengan menggunakan 20 biji putih telur. Amie sangat berpuas hati kerana setiap kali dikeluarkan dari oven, lapisannya sangat cantik, halus dan sedikitpun tidak ada gelembung udara yang menunjukkan udara terperangkap di dalamnya.


Trio Layer Cake yang menggunakan 20 biji putih telur! Amie telah mencubanya untuk kali pertama dan kali kedua untuk memenuhi tempahan.



Kelima:
Setelah selesai melapis, matikan api atas, laraskan suhu kepada 100'C - 170'C mengikut kepanasan oven masing-masing (sebab kapasiti dan kepanasan oven berbeza-beza mengikut jenis dan kebiasaan), dan bakar lagi selama 20 minit menggunakan api bawah. Dengan cara ini, semua bahagian dan lapisan kek dapat dipastikan masak dengan rata. Keluarkan kek dari loyang ketika masih panas dan sejukkan di atas redai.


Catatan:
Terdapat berbezaan / percanggahan pendapat ketika mengeluarkan kek dari loyang. Ada yang menyatakan keluarkan ketika masih panas, dan ada yang menyatakan tunggu sehingga kek benar-benar sejuk barulah keluarkan dari loyang. Amie gunakan dua cara, sejuk dan panas. Tidak terdapat sebarang kesan untuk kedua-dua kaedah. Namun begitu, Amie gunakan kaedah pertama iaitu keluarkan kek ketika masih panas sebaik sahaja keluar dari oven kerana Amie hendak menggunakan loyang untuk bakaran seterusnya (terutama ketika banyak tempahan seperti sekarang ini). Amie yakin kedua-dua kaedah boleh digunakan kerana dalam kelas masakan yang Amie ikuti memang guru masakan terus keluarkan kek sebaik sahaja keluar dari oven dan disejukkan di atas redai.


Semua kek lapis yang Amie hasilkan untuk tempahan menggunakan kaedah mengadun yang sama seperti yang Amie nyatakan di atas. Bagaimanapun, Amie kurangkan sebanyak 20% bahan memandangkan dalam resepi yang biasa Amie gunakan (panduan Kek Lapis Cheese Masam Manis), kek lapis yang terhasil seberat 2.3 kg! Sangat berat berbanding standard kek lapis biasa. Apabila Amie kurangkan 20% bahan, kek lapis yang dihasilkan lebih kurang 1-7kg hingga 1.8kg sahaja. Misalnya 450gram mentega jika dikurangkan sebanyak 20% menjadi 380gram, da tepung hong kong pula daripada 250 gram menjadi 200 gram. Jadi, panduan sudah diberi, pandai-pandailah hitung sendiri ye.


Amie harap dengan sedikit sebanyak panduan yang diberi dapatlah dimanfaatkan bersama rakan-rakan yang ingin menghasilkan kek lapis. Sebenarnya Amie pun masih sangat baru dalam aktiviti lapis melapis ini tapi in shaa Allah, ilmu yang sedikit ini Amie harap dapat membantu rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dan menanam minat untuk membuat kek lapis.


Dan... yang terakhir, untuk memulakan kerja melapis ini pastikan anda sudah cukup persediaan dari segi mental dan fizikal. Perlu beri tumpuan sepenuhnya terutama lapisan yang menggunakan banyak warna sebab kalau sebarangan saja, hasil lapisan akan menjadi tidak sekata dari segi warnanya. Jangan  paksa diri membuat kek lapis kalau anda letih atau mengantuk kerana menyiapkannya bukan dalam tempoh 1 atau 2 jam tetapi menuntut masa selama 4 hingga 5 jam! Amie pun sebenarnya terpanggil membuat entri ini disebabkan salah seorang rakan FB menyatakan bahawa beliau membakar kek lapis selama 6 jam dan akhirnya rentung hangus atas bawah disebabkan kesilapan menjaga api!

Amie sebenarnya memilih untuk berehat selama 2 hari setelah beberapa hari dari petang sehingga pagi menyiapkan tempahan kek lapis yang dibawa pulang rakan-rakan yang berhari raya bersama keluarga di semenanjung. In shaa Allah setelah cukup tenaga, bersedia dari segi mental dan fizikal, Amie akan meneruskan kembali melapis pada malam ini sehingga 7hb Ogos untuk menyiapkan lebih kurang 16 biji lagi kek lapis tempahan rakan-rakan di sini pula. Jadi, kesempatan berehat ini Amie gunakan seketika untuk berkongsi Tips & Cara Menjaga Kek Lapis Supaya Terhasil Dengan Sempurna. Mudah-mudahan kek lapis yang anda hasilkan (buat yang pertama kali mencuba atau yang telah berkali-kali melapis tetapi masih belum dapat hasil yang memuaskan), dapat memenuhi kehendak... enak dan cantik buat hidangan keluarga atau untuk para tetamu di hari raya yang bakal menjelang beberapa hari lagi!

Selamat menunaikan ibadah puasa!

47 ulasan:

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Kak Amie, Thanks for sharing all the useful tips!

syapex berkata...

terima kasih sebab berkongsi tips untuk bt kek lapis ni...
sngt bermakna bg org baru nk bljar melapis kek mcm sy ni...

ummiross berkata...

Terima kasih Amie atas tips yang sangat bagus ni, ummi pun tak pernah cuba buat kek lapis menggunakan oven elektrik, masa kat Sarawak dulu guna oven yang pakai gas tu.Teruja betul tengok kek lapis Amie yang cantik ni, bilalah ummi nak ada kekuatan nak melapis balik ni,nak beli dengan Amie, jauh sangatlah pulak.

EmbunRosaliza berkata...

Terima kasih amie berkongsi tips tu, tapi rasanya mcm tak terdaya lagi nak buat kek lapis bakar mcm amie ni, kek lapis kukus pun masih hodoh lagi hasilnya huhu. Tq amie

myda_ahmad berkata...

alhamdullilah,ada juga tips2 utk membuat kek lapis...berguna jugak dikemudian hari nanti...

mawar merah berkata...

Amie, cantik sungguh kek lapis amie, terpegun nengoknya.

tun_telani berkata...

Salam kak amie..cantik betul lapisan kek akak.. tun surrender nk wat kek lapis byk2 lapisan nih..

aDiLaH aRiSsA berkata...

Thanks kak kasi tips...saya nak cuba buat kek lapis masam manis akak...harap jadi dan cantik macam akak punya..

MulutPayau berkata...

terima kasih berkongsi tips...tapi saya mengaku mmng tak mampu nak buat kek lapis..kek yg kak amie buat, mmng cantik dan kemas...kalau dekat, mmng teringin nak tempah..

Uncle Lee berkata...

Hello Amie,
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan saya di Malaysia dan di mana jua anda bearada.

Selamat sejahtera kepada anda sekeluarga.
Semadikan satu lagu dalam hati mu dan semoga sentiasa ceria.
Teman mu dari Canada.
Lee.

sonia berkata...

alhamdulilah dan terima kasih banyak2 kerana sanggup berkongsi tip untuk membuat kek lapis ini.saya setuju sangat kesilapan yg kecil boleh membawa kesan yang besar kpd kek lapis yg dihasilkan.smoga amie dimurahkan rezeki kerana keikhlasan membantu kami yg berminat utk menghasilkan kek yg cantik dan sedap.kek2 amie cantik2 smua n nampak sangat sedap.tak sabar nak mencuba...hehe

sonia berkata...

alhamdulilah dan terima kasih banyak2 kerana sanggup berkongsi tip untuk membuat kek lapis ini.saya setuju sangat kesilapan yg kecil boleh membawa kesan yang besar kpd kek lapis yg dihasilkan.smoga amie dimurahkan rezeki kerana keikhlasan membantu kami yg berminat utk menghasilkan kek yg cantik dan sedap.kek2 amie cantik2 smua n nampak sangat sedap.tak sabar nak mencuba...hehe

hamivanilla berkata...

Assalam sis, tysm for sharing the tips of making layer cakes. Sungguh bermanafaat sekali. Mudah-mudahan sis dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan kerana bermurah hati mengongsikan resepi-resepi serta garis pandu.

hamivanilla berkata...

Assalam sis, tysm for sharing the tips of making layer cakes. Sungguh bermanafaat sekali. Mudah-mudahan sis dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan kerana bermurah hati mengongsikan resepi-resepi serta garis pandu.

Azura Bt Said berkata...

Asslmualaikom... Terimaksh byk2 Amie dgn segala tips yg diberikan.. Semoge Allah sahaja yang dapat membalas keikhlasan anda... Semoge terus maju dan sentiasa di murahkan rezeki....

Abam Mas berkata...

As Salam Sis.

Saya lebih berminat untuk mengukus kek daripada membakar kek tersebut. Tak kisah apa jenis kek, saya akan cuba untuk mengukus. Cuma masalah yang sering dihadapi apabila mengukus, permukaan kek menjadi tidak rata (beralun-alun) dan kadang-kadang permukaan nampak macam basah.

Mohon bantuan Sis kalau ada jalan penyelesaian untuk dikongsikan bersama.

Terima kasih Sis.

zaty berkata...

Sharing is caring..tq sis

Norhayati Mohd berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nasita Dollah berkata...

Wah... X sabar nak buat kek raya tok...

Nasita Dollah berkata...

Sama lah kita...hehe

Linda berkata...

Salam kenalan.. cantiknya kek lapis masam manis bakar kedua ... btw, jemput lawat blog sy yer.
http://pearlbeautymomma.blogspot.com/

Amie berkata...

Abam Mas,
biasanya permukaan kek yang beralun-alun disebabkan api yang digunakan semasa mengukus sangat panas / terlalu kuat. Anda boleh tutup loyang kukusan dengan aluminium foil bagi mengelakkan kejadian beralun itu (sekiranya tidak mahu mengurangkan kepanasannya), di samping itu permukaan kek tidak basah. Mungkin permukaan kek basah disebabkan wap air yang jatuh / mengalir dari tutup pengukus. Anda juga boleh balut tutup pengukus dengan tuala bersih untuk elakkan wap jatuh ke atas permukaan kek yang sedang dikukus. Harap dapat membantu ya...

aeinio berkata...

Gud info tq amie... nak tempah boleh?... nnt ain pm...

aeinio berkata...

Gud info tq amie... nak tempah boleh?... nnt ain pm...

siti iskandar berkata...

terima kasih!!! info yang sangat berguna..doakan agar saya berjaya menghasilkan kek seperti akak

siti iskandar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fazilah ismail berkata...

amie tq tip...tp nak tanya setiap lapisan sapu dengan bahan apa untuk bagi lapisan melekat

Kak Nita berkata...

Salam Kak Amie,

Terima kasih bebanyak sbb sudi share tips penting ni...

keluarga bahagia berkata...

Thanks for sharing......jemput adik kakak kunjingi blog saya untuk dapatkan tip2 untuk kesihatan,keburan dan kecantikan.

http://istericantik.blogspot.com/ ,

http://umiwarham.blogspot.com/

Fariqzul Barik berkata...

Thanx for the tips. Sy juga bt lek lapis tp baru lg. Pun tinggal d lahad datu.

WM_mumy berkata...

Kak amie..bbrpa hr lps sy ada bt srwk layer cheese kek..dh 2 kli bt..knp lpsn kek sy bla dptg psti x mlkat.stiap lpsn 2 sy bkar hngga wrna coklat..mntak akak bgtau sy sbb..

WM_mumy berkata...

Kak amie..bbrpa hr lps sy ada bt srwk layer cheese kek..dh 2 kli bt..knp lpsn kek sy bla dptg psti x mlkat.stiap lpsn 2 sy bkar hngga wrna coklat..mntak akak bgtau sy sbb..

Amie berkata...

WM_mummy,
tak perlu bakar sehingga permukaan kek berwarna coklat sebab kemungkinan ia terlalu kering, akibatnya lembapan hilang, dan bila dipotong sudah tentunya akan terlerai di antara satu lapisan dengan yang lain. Cuba lagi, jangan putus asa.

d culey berkata...

hi. boleh tanya.
berapa minit bakar setiap lapisan?

Maziah Jamaludin berkata...

tak pernah terfikir cara org buat kek lapis ni..nmpk sgt rumit sbb berlapis2 dan cantik..tau mkn je sebab sedap..hihii

APAKAH RASIONALNYA SUAMI MENEMANI ISTERI SEMASA BERSALIN?

fad4370 berkata...

Terima Kasih atas info and tips ini. Sangat berguna bagi saya.
Nak tanya sikit. Kadang2 kek lapis saya hangusnya dia bahagian bawah.., walaupun api over sudah ditukar ke bahagian atas aje pada lapisan yang kedua and selepasnya? Oven saya terlalu panas ke?
Macamana Amie dapatkan lapisan yang sama aje ni? Tolong explain sikit. Curios betul la!?!
Terima Kasih.

sya berkata...

Assalamualaikum, terima kasih yg tak terhingga sudi kongsi tips dan resepi yg sedap ni..saya terpanggil utk mncuba slpas baca blog ni dannnn trnyata...ramai memuji kesedapan kek lapis resepi ni..sy dah buat 2 kali tuk famili gathering sbb ramai yg suka dan ada yg tempah utk raya nnti...semoga sis Amie dmurahkn rezeki dan pahala yg melimpah ruah atas perkongsian ini. aminnn..:)..

L R.K berkata...

Nak tau tips semasa menekan kek lapis agar permukaan kek tidak melekat pada alat penekan

sapura berkata...

Assalamualaikum.....mcm mana nak bg kek lapis tu cantik warnanya, nak bg warna terang..sy pernah buat.....tapi warna nya xberapa cantik.....

zarul asraf berkata...

Assalamualaikum...maaf mengganggu kalian...macam mana nak buat kek tu jadikan kek yang begitu menarik terhadap pelanggan??

Siti Ruqaiyah 313 berkata...

Sedapnye.. InshaAllah nnti nk try.. saya ade pengukus j..

Siti Ruqaiyah 313 berkata...

Sedapnye.. InshaAllah nnti nk try.. saya ade pengukus j..

Um Rasheed berkata...

Emi kalau ambik temoahab kuih ni saya nak tempah

Um Rasheed berkata...

Emi kalau ambik temoahab kuih ni saya nak tempah

zaxx berkata...

amie, jutaan terima kasih atas tips dan perkongsian yang sangat berguna.. teruskan perkongsian sebegini tambah-tambah amie berkongsi tip perbandingan... sangat bermanfaat! :)

mama dee berkata...

Thank you kak ami for sharing this tips. Hajat dihati nk buat kek lapis..tapi x tahu la tahap kerajinan tu tinggi ke x.huhu

Syana berkata...

Salam perkenalan Aimie,
Oleh sebab saya terdapat banyak leftover kuning telur, seorang sahabat mencadangkan supaya saya gunakannya untuk membuat kek lapis. Memang dah lama sebenarnya berhajat untuk cuba melapis tetapi setiap kali pasti saya batalkan niat kerana takut tak menjadi. Terima kasih atas perkongsian Aimie ni, sedikit sebanyak telah menyuntik keyakinan dan semangat mencuba ke dalam jiwa raga saya.

Syazana
www.jemputmakan.com