Kek Lapis Cheese Masam Manis : Permintaan Paling Tinggi...

7:41 PG

Alhamdulillah. Syukur kepadamu Ya Allah di atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah.... kesihatan yang baik, kesabaran dan kegigihan yang sentiasa pada tahap maksima untuk menyiapkan tempahan kek lapis sehingga menjelang Aidil Fitri nanti. Walaupun ini merupakan kali pertama Amie mengambil tempahan kek lapis untuk hari raya, namun pengalaman selama sebulan menerima dan menyiapkan tempahan pelbagai jenis kek lapis dapat Amie jadikan sebagai panduan dan pengalaman paling berharga selain kemahiran yang tidak ternilai harganya! Kek demi kek yang dihasilkan sebenarnya memberi pengalaman yang berbeza kerana dari situlah Amie dapat mempelajari sesuatu terutamanya kesilapan-kesilapan yang dianggap kecil tetapi memberi impak yang besar.


Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain... itulah peribahasa yang Amie pegang selama ini. Walaupun hanya dapat menghasilkan beberapa biji kek dalam sehari (minima 2 biji dan maksima 4 biji pada hari bekerja dan 6-8 biji sehari pada hari cuti), namun Amie cukup berpuas hati dengan respon pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada teman-teman rapat. Mudah-mudahan sebelum 7hb Ogos pada minggu depan, semua pelanggan dapat menerima tempahan masing-masing.


Nampaknya permintaan Kek Lapis Cheese Masam Manis masih di tempat teratas dalam senarai Amie. Pagi ini saja, di antara 6 biji kek, 5 daripadanya Kek Lapis Masam Manis dan hanya 1 biji Kek Lapis Cheese Chocolate. Antara jenis kek lapis yang diminati selain Kek Lapis Cheese Masam Manis termasuklah Kek Lapis Blueberry Cheese, Kek Lapis Chocolate Peanut Butter, Kek Lapis Chocolate Mint, dan Kek Lapis Strawberry.


Nampaknya telur dalam bakul belum surut-surut! Kadang-kadang terlintas juga perasaan bimbang di hati... mampukah Amie menyiapkan semua tempahan? Oh.... mudah-mudahan... Encik Suami juga semakin memahami. Kalau dulu katanya : 
Buatlah apa yang Mummy suka, tapi kalau penat jangan mengadu dengan Baba. 

Ungkapan yang sering diulang-ulang itu tiba-tiba berubah menjadi :
Berilah tumpuan menyiapkan kek lapis. Hati & fikiran kena tenang, takut nanti tersilap buat. Tak payahlah masak untuk bebuka puasa. Nanti Baba beli saja di luar. 

Yeaaayyy... itu dia! Siapa tak rasa gembira bila dengar si dia berkata begitu. Dan, mungkin dia memahami keletihan kita bersauna di depan oven berjam-jam lamanya sejak sebulan lalu, jadi tugas memasak untuk hidangan bersahur memang dia yang sediakan sepanjang Ramadhan ini! Semuanya kelihatan panas terhidang di meja.



Abang Farid akan pulang bercuti raya pada hari Ahad ini. Nampaknya Abang Farid kenalah belajar terbang dari Labuan - Kota Kinabalu - Lahad Datu. Banyaklah pesanannya nak makan itu dan ini hasil air tangan Amie.... jadi walaupun Encik Suami kata tak payah masak, Amie tetap akan masak juga... hihihiiiik!

14 comments

  1. Moga murah rezeki akak....:-)
    Pasti la anak tu balik nak rasa air tangan mummynya....sy yg dah tua bangka ni pun..klau blik umh mah...nak juga rasa mak masakkan...:-)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dlm sibuk2 ngan bby firdaus amie tetap boleh melapis kek dgn cantik dan kemas, siapa tak puas hati lagi tak tahu lah, kita tgk pun hasilnya cukup kemas dan teliti.

    Best la dpt suami yg memahami, dlm sibuk2 kat sekolah masih amie sempat buat kek dan kukis

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan Amie. Ummi tengok kek lapis Amie tu dah tau sedap,tunggu Amie buka order untuk orang semenanjung je, insyaAllah ummi terus order hihi...

    Tentu seronok bila semua dah berkumpul nanti..

    BalasPadam
  4. akk kalu nk temaph lps raya bleh??

    BalasPadam
  5. Asifa,
    mudah-mudahan Syifa, he heheh saya yang dua kali lebih bangka ni pun kalau balik kg mesti Bonda sediakan masakan terutama ayam masak kicap (semur) hihihiii....

    Rosaliza,
    syukurlahFirdaus tak banyak ragam elok je kakak ipar jaga dia... cuma kadang2 dia suka tengok kita di dapur... rindu nak nenenlah tu.

    Ummiross,
    in shaa Allah Ummi, ada rezeki mudah-mudahan Amie dapat juga penuhi permintaan dari semenanjung sebab setakat ni ramai yang ingin tempah, tapi Amie belum bersedia lagi dalam jangka masa terdekat ni.

    KhaiRin,
    in shaa Allah akan dilayan.

    BalasPadam
  6. Kalau dekat nak aje kak Zai menempah.

    BalasPadam
  7. Belum pernah makan kek lapis cheese masam manis ini, tapi saya tahu kek lapis awak tentu banyak sedap, jadilah permintaan paling tinggi !

    BalasPadam
  8. Alhamdullillah Amie..rezeki Allah memang tak disangka. Untung dapat suami yg memahami. Balik Jeram bg tau ye..kita nak order kek lapis.

    BalasPadam
  9. Gue kagum ama lu....teruskan...teruskan....

    BalasPadam
  10. mantop...ibu berkerjaya, ada bby, terima tempahan...Hebat. Semoga yg terbaik buat kak amie. Sy nak sikit aura rajin & bakat kak amie...

    BalasPadam
  11. Rajin sungguh Amie cantik2 hasil kerja tangan nyer.. :D..

    BalasPadam
  12. sempatambil tempahan..mmg superb!! cantik lapisan kek k.amie, kagum betul

    BalasPadam
  13. Aslmkum Amie

    rasanya mcm baru Amie mula terima tempahan kek lapis, ni dah bertambah byk...murah rezki Amie. dlm sibuk bekerja, dg baby dan famili dpt siapkan tempahan....mmg supermummy!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe