Kari Ayam Pekat

7:43 PG

Bila Fuad minta Amie masakkan kari ayam untuk lauk bersahur, dengan rasa senang hati Amie memasaknya sebaik selesai membuat lapisan terakhir kek lapis cheese masam manis tempahan anak buah Amie di Kota Kinabalu (.... nampaknya kek akan dikirim melalui bas dari Lahad Datu ke KK). Rupanya jam sudah menunjukkan angka 1 pagi setelah ayam siap dimasak. Amie terus merebahkan diri di sebelah Firdaus yang sedang lena.

Pukul 3.30 pagi Encik Suami bangunkan kami untuk bersahur, dan syukur Alhamdulillah.... rupanya dia sungguh memahami kita yang lena keletihan. Entah pukul berapa Encik Suami terjaga, dan mungkin dilihatnya hanya ada lauk kari ayam di atas dapur, jadi dia pun masak nasi. Lengkaplah di atas meja dengan nasi panas dan sayur kobis tumis yang dimasaknya, dan disediakannya juga satu teko air teh panas. 


Resepi : Kari Ayam Pekat
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 ketul daging ayam
6 sudu makan serbuk rempah kari ayam / daging
2 biji tomato - cincang
2 biji kentang - belah 2
200ml susu cair
1 biji limau nipis - ambil jusnya
3 pelepah daun kari - lurutkan, 2 pelepah digoreng hingga layu dan keluarkan dari kuali, toskan & ketepikan
1 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumisan:
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 ulas bawang merah - tumbuk
2cm halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan hingga wangi.
2. Perlahankan api, dan masukkan  tomato cincang serta serbuk rempah kari  dan 1 pelepah daun kari (lurutkan). Tambahkan sedikit air. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan daging ayam, & kentang. Biarkan seketika sehingga air ayam keluar.
4. Masukkan 1 cawan air dan masak daging ayam sehingga hampir empuk.
5. Masukkan susu cair dan perlahankan api supaya terbit minyak.
6. Setelah daging ayam masak, perasakan dengan garam dan gula serta masukkan jus limau nipis. Kacau seketika supaya sebati. 
7. Taburkan daun kari yang telag digoreng tadi di atas masakan.
8. Tutup api dapur.


Habis licin semua hidangan atas meja! Syukurlah tiada berlaku pembaziran, dan mudah-mudahan Fairuz & Fuad dapat menunaikan ibadat puasa  pada hari pertama ini dengan sempurna.

Ketika kami dalam perjalanan dari kampung sebaik saja menghantar Firdaus ke rumah Wak Pendek, Encik Suami bertanya:
Encik Suami : Sudah telefon abang? (maknanya Faridlah tu)
Amie           : Kenapa? Awal pagi (6.10 pagi), mungkin dia sedang mandi.
Encik Suami : Cubalah telefon. Tanya dia sahur apa malam tadi.
Amie           : Oooohh. (Mendail nombol telefon Farid tapi tidak diangkat).
Amie           : Dia tengah mandilah tu.

Sebaik saja Amie sampai ke tempat kerja, Amie dapat missed call dari Farid.
Farid           : Ya.... kenapa Mummy. Tadi Mummy telefon, saya mandi.
Amie           : Abang sahur apa malam tadi?
Farid           : Sahur maggi.
Amie           : Tak ada makanan lain ke...
Farid           : Tak ada.
Amie           : Abang tak beli makanan ke sebelum balik asrama.
Farid           : Tak.
Amie           : Jadi, kawan-kawan abang satu bilik sahur makan apa.
Farid           : Semuanya non-muslim.
Amie           : Oooohhh...

Amie pun telefon Encik Suami (yang ketika itu mungkin sedang memandu ke tempat kerjanya).
Amie           : Abang sahur maggi.
Encik Suami : Oooh! Allah... Lailahaillallah! 


5 comments

  1. sedapnya kari...
    siannya abg sahur megi je....sedih plak bacanya kak...teringat sy zman2 belajar dlu...gitu la sahurnya...kdang2 roti...

    BalasPadam
  2. salam kak amie..

    sedap menu kari ayam pekat tu..bleh buat untuk menu sungkai ( berbuka ) nanti..

    BalasPadam
  3. Sedap nampak kari ayam pekat tu Amie, tentu selera bersahur.

    BalasPadam
  4. sedihkan bila anak2 yg tak bersama kita sahur sendirian dan mkn tak menentu.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Amie..

    Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat Kak Amie sekeluarga..

    Emmm..kesian plak dengarnya anak bujang Kak Amie terpaksa bersahur ngan meggie...

    Dan ehemmmm...Lauk kari ni sungguh menggoda...Terasa nak masaklah petang nanti..InsyaAllah..tadi pagi dah turunkan ayam siap2 dari frozen..balik nanti boleh terus masak ni...Bahan2 pun mudah dan semua ada stok.. ^___^

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe