ADSENSE

Rabu, 8 Mei 2013

Daging Masak Black Pepper

Assalamualaikum.
Jom makan nasi panas berlauk Daging Masak Black Pepper. Awal pagi tadi Amie keluarkan daging dari peti sejuk, tetapi tidak terfikir untuk masak apa. Menjelang tengahari bila teringat anak-anak akan pulang dari sekolah barulah tergerak hati kembali semula ke dapur untuk mengolah resepi yang ringkas dan mudah. Sambil memotong daging, terpandang setengah botol biji lada hitam di atas rak dan juga sos lada hitam yang belum dibuka penutupnya, akhirnya Amie putuskan untuk menyediakan Daging Masak Black Pepper. 


Resepi : Daging Masak Black Pepper
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
700 gram daging batang batang pinang - hiris lebar & nipis secara berlawanan serat supaya cepat masak
3 biji kentang - potong baji dan goreng hingga masak 
1/2 biji capsicum merah - potong ikut suka
1/2 biji capsicum hijau - potong ikut suka
1/2 biji capsicum kuning - potong ikut suka
1 sudu teh biji lada hitam  - tumbuk kasar
5 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan minyak 
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar :
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 inci halia

Cara:
1. Campurkan daging bersama kesemua bahan kisar, lada hitam, sos lada hitam, sos tiram, kicap dan serbuk kunyit serta garam / gula / perasa pilihan. Perap selama 40 minit.
2. Panaskan minyak. Masukkan kesemua bahan perap dan gaul sebati sehingga daging layu.
3. Teruskan masak dengan api sederhana panas apabila air daging mula keluar. Masak sehingga daging empuk dan kuah mulai pekat.
4. Masukkan kentang goreng, capsicum merah, hijau dan kuning. Gau rata.
5. Tutup api dapur. 
6. Daging Masak Black Pepper sedia untuk dihidangkan bersaa nasi panas.


Lembut dan empuk dagingnya. Dan secukup rasa.... Pendek kata atau dengan kata lain.... sodappppppp!

17 ulasan:

Gee® berkata...

Syedapnyaaaaaa.....

JaSSNaNi berkata...

assalam amie.. meh antar sepinggan... nak ajak makan kan? hahahaha :P
sib baik baru je test wat daging masak hitam last week.. so this week minggu ayam lak.. stok daging dah abis.. last smlm je wat daging kari.. :) tu pun kari letak karot.. bukan letak kentang.. sbb stok kentang lak takde..

Sury Abil berkata...

Ngencesss..

Bbwana adienia berkata...

sedapnya daging tu kak amie..

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Nampak sedapnya, kena makan dengan banyak nasi.

whitecappuccino berkata...

makan lauk ni tak perlu ada kauk lain dah.

whitecappuccino berkata...

lauk

ummiross berkata...

Lambat singgah hari ni, ada lagi daging black pepper Amie? Kalau dah abih, ummi renung gambar je lah, hehe.

faa.rosli berkata...

sedapnya kak....dah lama tak makan daging blackpepper...da nama student makan megi je laa..huhuhu

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. tun selalu fail masak daging.. hihi... dh melintang urat, berlawan urat.. rasa mcm ok dh kerat tu, tp mesti daging liat. hahahaha..

Norzila Zakaria berkata...

ya aaa aauw gini kak amie..ada lagi tak..meh bagi zila ckit

Rohah berkata...

Kak enak kak, enak...

Shiela berkata...

nak sikittttt.. sedapnyerrr...

Unknown berkata...

So easy n so simple..want to try it today!! Love ur recipe kak amie <3

Saiful Asyraf berkata...

salam, terima kasih atas resepi... saya masak untuk berbuka hari nih... hehehe.... kalau nak tanam cili layari blog saya ya... kebun-saiful.blogspot.com terima kasih...

Unknown berkata...

I have tried your recepi, instead I marinate it for an hour and also put more of blackpepper as I love it to be hot with spring onion. Real taste. ๐Ÿ‘

Leah berkata...

I have tried your recepi, instead I marinate it for an hour and also put more of blackpepper as I love it to be hot with spring onion. Real taste. ๐Ÿ‘