Udang Galah Masak Rendang Hijau

12:22 PTG

Assalamualaikum.
Semoga sepanjang hari ini kita dapat manfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai perkara yang berfaedah. Jumaat.... dari pagi hingga tengahari, cuaca dingin, sebentar hujan gerimis, dan sekarang langit masih mendung, redup dan suasana sekitar agak gelap sedikit. Awal pagi tadi Amie ke hospital untuk memenuhi temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan, dan Alhamdulillah Amie orang pertama yang mendapat pemeriksaan. Tepat pukul 9.25 pagi Amie sudah selesai berurusan di hospital. Sebaik sahaja sampai di rumah, segala pakaian siap tersidai di atas jemuran tetapi kerana hari hujan, pakaian disidai di ruang letak kereta. Itulah... hasil kerjasama bujang-bujang kami. Terima kasih anak-anak bujangku.... walaupun semuanya lelaki, tetapi sedikit-sebanyak dapat membantu mengurangkan beban tugas rumah tangga. 


Untuk hidangan tengahari, Amie sediakan Udang Galah Masak Rendang Hijau. Untuk mengekalkan sekurang-kurangnya ada warna hijau pada kuah rendang, Amie gunakan cili hijau serta cili padi warna hijau, hanya sedikit kunyit dan 2 sudu kerisik. Kita lihat resepinya di bawah ini.

Resepi : Udang Galah Masak Rendang Hijau
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 ekor udang galah saiz sederhana besar - bersihkan dan gunting kulit kepalanya untuk mengeluarkan tahi udang (tarik kantung yang berwarna hitam)
2 cawan santan pekat
2 sudu kerisik
2 keping asam gelugur
5 helai daun limau purut
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili hijau
10 biji cili padi warna hijau
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
5 batang serai - mayang kasar
2cm halia
1.5cm kunyit hidup
sedikit belacan

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan asam keping. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan udang galah dan biarkan sehingga kulit udang bertukar warna. Setelah itu perlahankan api supaya udang galah masak sepenuhnya kuah mulai pekat.
5. Masukkan kerisik dan gaul sebati sehingga kuah menjadi pekat.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan dan tambahkan daun limau purut. Gaul rata.
7. Apabila daun limau purut berubah warna, tutup api dapur.
8. Udang Galah Masak Rendang Hijau sedia untuk dihidangkan.


Walaupun namanya rendang tetapi kita tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakannya kerana udang cepat masak. Dan pastikan tidak terlalu banyak bubuh santan sebab kuah akan jadi lambat untuk memekat.


Jemput makan tengahari....

15 comments

  1. Sedapnya udang galah..Terliur....

    BalasPadam
  2. Sedapnya tgk rendang udang galah..tergolek , besarnya tu. Kat sabah berapa sekilo amie. Minggu lepas kat pasar selayang rm25.00 sekilo,

    Terliur tgk

    BalasPadam
  3. Mel,
    jemput makan Mel.

    Rosa,
    samalah harganya Rosa... kami beli di Tawau, RM25 sekilogram.

    BalasPadam
  4. Hnahdy,
    tak pedas... sebab bila cili padi berjumpa santan, timbul rasa manis di situ.

    BalasPadam
  5. Saya suka udang, tapi MyToklaki kurang udang jadi jarang saya beli udang. Tengok udang galah ni, oh teruja sungguh!

    BalasPadam
  6. amie... tak kisah anak dara ke bujang ke.. kena dengan didikan.. semua boleh punya.. :) seronokkan.. :)
    besar sungguh udang tu.. nani sejak ngandong ni.. tak suka plak makan udang.. nape ek? padahal nani hantu udang galah tau sblm ni.. tapi tak per.. pembawakan budak kan macam2...
    terima kasih mendoakan nani.. aminnnnn

    BalasPadam
  7. salam kak amie..
    sedapnye lah tgk udang galah tue baring2...nyummmy sgt2..:)

    BalasPadam
  8. Subhanallah...rasa nk terkam jer udang galah tu.... fengsan!!

    BalasPadam
  9. aduh! tak tahan tgk udang yg berlapis2 tu... gemok2.. hehehe.. madihaa berpeluang mkn udang galah bila ke rompin pahang aje.. kat sana byk udang galah dijual yg siap dimsk atau yg fresh.. kat sini jarang2 berjumpa dgn udang galah segar.. mentelah madihaa bukan jenis yg kerap ke pasar maupun pasar tani... beli lauk di kedai runcit jer.. hehe..

    BalasPadam
  10. belingkar udang galah amie....terliur akak tgk.

    BalasPadam
  11. Alahaiiiii wat terliur je tngk udang galah yg berdiri megah ni...udang masak apa2 pun sedap...tapi yg ni special sangat...kan....rajin anak2 bujang Amie...sejuk hati ibunya...alhamdulillah...

    BalasPadam
  12. terliur,,, untung tpt anda murah, tpt saya rm40 sekilo sekarang, nak makan beli aje.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe