Sup Ayam Bukit Hijau

8:35 PTG

Assalamualaikum.
Ketika Encik Suami melangkah masuk ke dalam rumah petang tadi, wajahnya kelihatan layu, letih dan lesu. Selepas menunaikan solat Asar, Encik Suami baring di atas sofa. Tahulah Amie, badannya tentu rasa kurang sihat. Biasanya, Encik Suami akan menemani Amie masak di dapur, sambil minum teh panas dan menjamah biskut atau pisang goreng yang dibelinya di gerai. Amie biarkan Encik Suami berehat di ruang tamu, dan meneruskan kerja masak-memasak di dapur. Sambil mendengar rancangan ADILA melalui Radio Klasik, Amie dapat juga menyiapkan hidangan makan malam dan kami makan sebelum pukul 6 petang. Khusus untuk Encik Suami yang kurang sihat, Amie sediakan Sup Ayam Bukit Hijau. Sebenarnya, sup ini menjadi kegemaran FIL, sejak pertama kali beliau datang ke rumah keluarga Amie di Bukit Hijau. Sekembalinya ke sini, beliau meminta Amie memasak sup tersebut, yang katanya kelazatannya tidak dapat dilupakan! Oleh kerana sup ayam yang dimasak di rumah keluarga Amie menggunakan ayam pencen, FIL sanggup mencari ayam pencen untuk dibuat sup yang sama! Bagi Amie, sup ayam yang kami hidangkan dulu merupakan menu biasa sebab masakan tersebut memang sinonim dengan keluarga kami, dan juga orang kampung kami baik dimasak untuk keluarga atau pun semasa kenduri kendara. Apakah keistimewaan Sup Ayam Bukit Hijau sehingga FIL tidak dapat melupakannya?


Seperti biasa, Amie masak sup ayam mengikut kaedah atau resepi turun-temurun yang Amie lihat dan perhatikan dari kecil, bermula dari rumah hasil air tangan bonda sehinggalah di tempat kenduri-kendara di kampung kami. Caranya tetap sama, tumis terlebih dahulu daging ayam bersama sedikit rempah-rempahan, dan kemudian didihkan sehingga daging ayam empuk. Bahan taburan wajib sudah tentulah daun sup dengan bawang goreng! Dan, Amie sentiasa ingat pesan Bonda : bubuh rempah sedikit saja sebagai syarat!

Resepi : Sup Ayam Bukit Hijau
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
600 gram daging ayam - potong ikut citarasa
3 biji kentang - potong 4
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3cm halia - diketuk
1 sudu lada putih - tumbuk
4 cawan air
garam / perasa pilihan
minyak
bawang goreng
hirisan daun sup / daun bawang

Bahan tumbuk: (jangan terlalu lumat)
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 sudu teh ketumbar biji
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
2. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan sehingga ayam kelihatan layu.
3. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan kentang serta lada putih. Masak sehingga daging ayam dan kentang empuk.
5. Perasakan dengan garam /perasa pilihan. 
6. Padamkan api.
7. Hidangkan panas bersama bawang goreng dan hirisan daun sup / daun bawang.


Adapun, beginilah resepi Sup Ayam Bukit Hijau yang digemari FIL. Alhamdulillah, Encik Suami pun makan dengan penuh selera..... benarkah? Nampaknya makan pun diam-diam saja,  tak bercakap-cakap macam selalu.... dan tidur awal pula. Harap lada putih dalam sup ayam tadi dapat melegakan rasa letih lesunya!

11 comments

  1. Amie, terima kasih kongsi resepi sup ayam Bukit Hijau, insyaAllah ummi pun nak cuba. Memang nampak sedap sangat. Semoga suami Amie hilang letih lesunya dengan air tangan isteri tersayang.

    BalasPadam
  2. selamat malm Amie
    dpt hirup sup panas2 tu pastinya en suami lega he he hilang penatnya
    ayam bukit hijau pastinya special tu

    BalasPadam
  3. kak sekarang ni saya sua beli ayam pencen buat gulai lemak or masak merah..nanti saya nak try sup plak.sbb isi ayam pencen tak muak mcm ayam keje..hehe ayam biasa :)

    BalasPadam
  4. salam Amie,walaupon xsihat tp Hb Amie berselera menikmati sup ayam, bukit hijau ni...airtgn wife kesygannya ni.(^_^)

    BalasPadam
  5. Tengok pun sudah boleh agak yg sup ayam pencen tu memang sedap..belum lg rasa..memang bermangkuk-mangkuk supnya dihirup..

    BalasPadam
  6. Assalam amie, istemewanya sup ini tak guna sup bunjut, sangat menarik dan resipi pun simple2 saje, lain kali boleh di cuba ni. Kita selalu juga masak ikut resipi amie, cuma tak amik gambar je, maklum la hiasan tak ada

    BalasPadam
  7. Tgk bhan rempah ratusnya tu pun dah tau kewangian dan kelazatan sup akak nie....hehe......

    BalasPadam
  8. menu kami skang kak amie..sume berasakan sup2 dan tomyam..sbbnyer nens nk darah tggi hubby nens tu turun..ssh betul nk turun..huhu

    biasa nens pakai sup bunjut je buat sup..nnt nk tambhakan kayu manis,pelaga & b/lawang tu..pasti ummmppp!!!

    BalasPadam
  9. suka sangat makan sup. kalau ada sambal kicap lagi mantop!!

    BalasPadam
  10. Dah lama tak masak sup ayam, sedap hirup kuah ni.

    BalasPadam
  11. da try da resipi ni mmg sedap sgt special sgt sup ayam ni ;)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe