Amie Sedang Diduga Oleh-Nya!

2:26 PTG

Salam petang Jumaat buat semua rakan dan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Tak tahu nak tulis apa, dan bagaimana untuk memulakannya! Mungkin inilah yang dikatakan ujian dan dugaan daripada-Nya. Namun Amie yakin, Amie boleh melaluinya dan percaya ada hikmah di sebaliknya.

Hari Selasa malam Rabu, Encik Suami dimasukkan ke hospital akibat bisul yang tumbuh membesar di bahagian tengkuk dan terpaksa menanggung kesakitan hampir 2 minggu lamanya. Inilah kali pertama Amie berhadapan dengan keadaan begini. Ketika diberitahu pada jam 11.30 malam tersebut, kakak ipar suruh Amie berkemas menyiapkan pakaian dan apa-apa yang patut untuk dihantar ke hospital. Entah mengapa, Amie tidak boleh berbuat apa-apa, menggeletar dan terduduk beberapa ketika. Malam itu juga, Amie tinggalkan anak-anak tidur di rumah, dan Amie menjaga Encik Suami di hospital. Menjelang pukul 4.30 pagi,. Amie bergegas pulang ke rumah untuk menyiapkan anak-anak ke sekolah. Ketika itulah Amie rmenyedari minyak kereta hampir kering dan sudah keluar tanda amaran! Dan untuk pertama kalinya Amie ajak anak kedua Amie (sekolah petang) ke stesyen minyak untuk isi minyak pada pukul 4.45 subuh kerana dia tahu bagaimana untuk mengisi! Ini merupakan pengajaran pertama buat Amie!
Amie mengambil cuti tehat khas pada hari Rabu kerana pada pagi itu Encik Suami menjalani pembedahan. Sekali lagi Amie terpana, kerana doktor beritahu Encik Suami disyaki mempunyai risiko kencing manis! Sehari selepas pembedahan, tahap gulanya meningkat kepada 17.6. Kepada bondalah tempat Amie mengadu siang dan malam melalui telefon. Banyak kata-kata perangsan dan semangat bonda berikan untuk Amie. Amie tidak boleh cerita panjang di sini kerana sebentar lagi Amie akan mengambil anak bongsu dari sekolah, kemudian pulang menukar pakaian dan akan bergegas semula ke hospital. Selepas kelas pagi tadi, Amie hantar anak sulung untuk menjaga ayahnya di hospital dan mengambil anak tengah yang menjaga ayahnya dari subuh tadi. Anak kedua bersekolah di sebelah petang. Setiap malam memang Amie yang menjaga Encik Suami sehingga pukul 4.30 pagi.
Banyak pengajarn yang Amie perolehi, antaranya:
1. Jangan bergantung segala perkara kepada suami termasuk mengisi minyak kereta, sehingga nak buka pintu tangki minyak pun Amie tak tahu.
2. Selama ini hanya suami yang beri belanja sekolah anak-anak, sekarang Amie pula yang terkial-kial sediakan wang kecil untuk mereka.
3. Telefon bimbit Amie tidak boleh digunakan selama 2 hari ini kerana telah tamat tempoh perkhidmatannya disebabkan sudah sampai waktu untuk membayar pada 22 Februari, tapi Amie tak tahu bagaimana untuk membayarnya.
4. Road-tax kereta yang Amie bawa telah tamat tempoh pada 23 Februari tapi Amie tidak tahu bagaimana untuk menguruskannya.
5. Ansuran bulanan kereta untuk bulan ini sepatutnya dibayar pada hari ini, 24 Februari pun Amie tidak tahu bagaimana untuk membayarnya.
6. Dan pelbagai lagi....

Doktor beritahu Amie, sekiranya masih ada saki-baki akar bisul, pembedahan akan dijalankan sekali lagi! Waduh! Biarpun namanya bisul tetapi Amie tidak tahu ada bisul yang cukup membahayakan nyawa!

Beberapa hari ini memang rutin harian Amie sudah tunggang-langgang, tak terurus, makan pun mana yang sempat. Anak-anak..... kasihan! Tapi bonda pesan, uruskan Encik Suami baik-baik. Katanya lagi ini cubaan daripada-Nya. Banyak ingin Amie cerita tapi masa amat terbatas. 

Teman-teman tersayang.... doakan Amie kuat, doakan Amie tabah!

40 comments

  1. semoga kak amie tabah mengharungi segalanya... :)
    macam leh gabarkan je ke'kelam kabut'an tu...

    BalasPadam
  2. moga terus dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik buat k amie dan suami juga. semoga cepat sembuh. amin..

    BalasPadam
  3. Banyak kan sabar ya amie.. semoga suami Amie cepat sembuh dan Amie sekeluarga di dlm lindungan Allah swt sentiasa.. thx for sharing.. kita kena belajar berdikarikan.. Ani pun byk En suami yang urus kan..

    BalasPadam
  4. Semoga Amie byk bersabar....itu hanya dugaan yg sekuman sahaja dari Allah utk kita sentiasa beringt....saya pn kena bersedia juga sbb byk urusan suami yg buat...peringatan kita bersama...

    BalasPadam
  5. Amie...beratnya dugaan yang Amie hadapi sekarang...harap Amie kuat dan tabah...saya pulak selama ni saya uruskan semua2 tu tapi risau juga kalau2 husben tak tau nak handle kalau ditakdirkan saya takde...so sekarang ni sikit2 saya ajar husben mana yang patut... mudah2an husben Amie cepat sembuh...

    BalasPadam
  6. smga suami amie cpt sembuh n smga amie tabah. Belajar drpd pengalaman. Dulu saya pun x tau isi minyak kereta tp skrg ni dah pandai sbb drpd terpaksa dah jd perkara biasa.

    BalasPadam
  7. Sabar, Amie... Memang menjadi satu pengajaran buat Amie... Apapun, perbanyakkan doa.. ma pun tolong doakan buat suami Amie, semoga cepat sembuh dan selamat semuanya. Untuk Amie, jalanilah kehidupan dan ujian dengan tenang.... Sesungguhnya ujian itu tidak didatangkan kalau Allah tau kita tak berdaya mengharunginya... Wallahu alam...!

    BalasPadam
  8. Assalam amie,
    semuga dipermudahkan segalanya untuk amie & family ya..
    waduh kita baca pun kita seram ni..sebab apa2 yang amie tulis tu memang sama dgn kita sebab terlalu bergantung pada suami untuk settlekan semua tu..lesson learnt ..thanks juga for the info ya amie..

    BalasPadam
  9. Semoga terus tabah dan kuat semangat Amie. Betullah kata Amie, Allah sedang menguji Amie dan ujian itu adalah utk meningkatkan darjat keimanan hambaNya. Bykkan berdoa kpd Allah dan yakinlah di setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya.

    Dari jauh Kaz mendoakan agar segalanya dipermudahkan untuk Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  10. Salam Amie,
    Semuga tabah menghadapi semua dugaan. Berat mata memandang, tentu berat lagi bahu yang memikulnya. kawan kawan hanya mampu memberi kata kata semangat.

    BalasPadam
  11. Patut la kak amie senyap je..moga suami akak cepat sihat sepenuhnya & akak diberi kekuatan untuk harungi semua cabaran ini..pengajaran untuk qema juga ni, lepas ni kena cuba berdikari terutama bab kereta sebab mmg serah sepenuhnya kat suami..

    Take care kak, jaga kesihatan.. akak perlu kuat untuk jaga suami & anak2.

    BalasPadam
  12. Salam Amie sahabatku yang jauh di mata tetapi dekat dihati...

    harap Amie tabah menghadapi segala dugaanNya ye.. & didoakan semoga suami Amie segera sembuh.. bersabarlah Amie ye.. moga Amie dpt tangani segalanya dengan lancar..

    antara senarai yg Amie tulis tu semua MaDiHaA dah biasa lalui & lakukan sendiri... cuma.. bab nak renew roadtax kereta tu je tak pernah lagi buat sendiri... nampaknya.. lepas ni.. sama2lah kita belajar lakukan perkara yang tak pernah kita lakukan supaya jika berlaku kecemasan.. kita dpt laluinya dengan tenang... banyak lagi yang MaDiHaA perlu belajar sebenarnya..

    BalasPadam
  13. Assalam amie, semoga suami amie cepat sembuh n pulih dari pembedahan tu, semoga amie tabah menghadapi segala ujian darinya...huhu kita pun tak reti apa juga amie bab2 isi minyak ke road tax ke huhu

    BalasPadam
  14. terharu sangat membacanya
    dapat merasakan kesusahan dan perasaan amie tika ini.
    Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya...sabar ye.

    semoga suami amie cepat sembuh.

    BalasPadam
  15. Salam k.Amie.Smoga Allah pmudahkn sgala2nya.
    K.Amie patut bsyukur sbb dpt suami yg buat segala2nya.Bukn spt sy,sy yg buat segala2nya.Smuanya terbeban d bahu sy.Dr a smpai z.Sy rasa cmburu dgn k.Amie.X apalah k.Amie.Blajar dr pngalaman.Ada lg org yg lbih mdrita n susah dr k.Amie.Salah 1nya,sy la orgnya.

    BalasPadam
  16. Amie kena reda dengan apa yang berlaku itu akan membuatkan Amie lebih kuat. Allah ada bersama Amie insyaAllah semuanya akan dapat diatasi. Kak Zai doakan semoga hubby Amie cepat sembuh.

    BalasPadam
  17. Amie semoga tabah menghadapi ujian ini, banyakkan berdoa ye. Ummi harap suami Amie akan cepat sembuh, insyaAllah.
    Ummi pun bayak bergantung pada suami, macam Amie jugak..

    BalasPadam
  18. assalam kak amie..semoga tabah menghadapi ujian ini.Ada hikmah disebalik suma ni..
    Semoga suami kak amie cepat sembuh dak kembali sihat seperti bias.
    Byk2kan bersabar...

    BalasPadam
  19. dah lama nani nk sms kak amie..tapi sampai sekarang belum tersampai hajat sebab sibuk betul dengan urusan di sekolah...bersabarlah ye kak amie...nani di sini hanya boleh doakan dari jauh je...

    BalasPadam
  20. Salam Amie...itu satu WAKE UP CALL akak pundulu macam tu juga....lagi terukada...akak cuma ingat bagun pagi pergi kerja..baliktido..lain suami orang handle...sekarang ni aje akak berlajar menguruskan semua..ha..ha...tu pun kadang2 bil letrik tak bayar sampai surat warning datang..sekarang ok anak2 organizekan..Insyallah ada jalankeluarnya dan semoga suami Amie cepat sembuh

    BalasPadam
  21. Salam Amie, kuatkan semangat ye... InsyaAllah semuanya akan ok, semoga suami Amie cepat sembuh... insyaAllah Amie akan kuat kerana Allah hanya menguji hambaNya yang mampu

    BalasPadam
  22. moga segalanya dipermudahkan Allah..sbar banyak2 ye...mudah2han suami amie cpt sembuh...

    BalasPadam
  23. Insyaallah semua akan ok. Tenang dan buat satu persatu. Hikmahnya, Amie hari ini adalah lebih hebat dari Amie semalam.. percayalah..

    BalasPadam
  24. assalam amie..semuga hb amie dah bertambah sihat skrg ni !!..mama pun semuanya hb yg uruskan ..hu2x..

    BalasPadam
  25. kak amie, dugaan ini memang ujian Allah untuk menguji tahap kesabaran hambaNya kan, semoga kak amie bykkan bersabar dalam menguruskan hal anak2, rumah dan menjaga suami, besar pahalanya kak, semoga suami akak segera sembuh...

    BalasPadam
  26. Kuatkan semangat ya kak....Banyakkan bersabar..Semoga Allah permudahkan segala urusan akak....

    BalasPadam
  27. semoga kak amie tabah dlm segala apa yg diharungi sekarang ini....dan insyaallah ,moga suami kak amie juga sihat spt sediakala beransur pulih...amin....

    BalasPadam
  28. salam amie..
    semuga amie tabah dan kuat..
    dan semuga dipermudahkan segala urusan olehNya..
    maklong dah biasa uruskan benda2 tu semua.. so, rasa tak adalah masalah..
    lepas ni mesti amie rasa kepuasannya dapat belajar banyak perkara..

    BalasPadam
  29. Sabar ye...muga segalanya dalam lindungan Allah SWT....dan semuga suami k amie cepat sembuh...

    BalasPadam
  30. salam kak amie..
    dah lama tak jenguk akak..rupanya sedang di duga..sabar ye kak..insyaAllah..semuanya akan berlalu jua..cuma apa yg diperlukan ketabahan kita menghadapinya...tapi..rasanya kak amie pasti boleh lakukan ..nora doakan yang terbaik buat akak..

    tentang penyakit suami tu..cuba lah produk kesihatan..dulu nora pun tak berapa endah..bila anak dalam bahaya..pelbagai yg dicuba...cuba la produj jus intra ke atau sne ke...saja berkongsi sebab ada kesan positif..soleh cept pulih lepas amalkan produk sne...insyaAllah..moga suami kak amie cepat sehat ye..

    BalasPadam
  31. Salam Kak Amie..semoga tabah menghadapi segalanya...InsyaAllah segala urusan itu, Kak Amie boleh settlekan dan belajar pelan2 dan bertanya pada yang kawan2 atau family yang tahu...

    Doa Sue semoga segala urusan dipermudahkan olehNya

    BalasPadam
  32. salam Amie..bykkan bersabar & kuatkn semangat.Sekurang2nya amie pandai gak drive..blh ulang alik ke hospital.
    Semoga tabah menempuh ujian...jgn kelam kabut,tenangkn hati...
    Dikejauhan atie mendoakn semoga semuanya okey ya & amie dpt mengharunginya..

    BalasPadam
  33. Moga Amie sentiasa tabah dan dipermudahkan segala urusan olehNya...!

    BalasPadam
  34. Baru semoat baca kak.. Sabar dan tabah ye kak.. Allah penolong terbaik..oga hubby akak cepat sembuh

    BalasPadam
  35. Salam Kak Amie..kita serupa jugak nampaknya...bulan ni bulan penuh dugaan..tapi kita kena redha dan tabah menghadapinya...moga suami kak amie cepat sembuh...

    BalasPadam
  36. salam, bagaimana suami amie sekarang? Moga amie tabah & redha, sentiasa ingat dihati ada orang lain lebih teruk dugaannya (ingatan utk saya juga).

    BalasPadam
  37. Lama tak nampak jejak Amie, harap semuanya ok, harap suami Amie pun bertambah baik. Jaga diri ye..

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum Amie,

    Maaf lah kita terlambat ke sini, sebab skrg ni dh jarang online. Harap diketika ini suami Amie dh beransur pulih dn mudah2an segala urusan berjln dgn lancar. Ini lah masa Allah ingin menguji Amie, byk2 bersabar dn berdoa....Allah pasti melindungi Amie sekeluarga....amiin.

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum Amie...

    Semoga Tabah Menghadapi Dugaan. Setiap Dugaan Tersebut Mesti Ada Rahmat Yg Tersendiri..Hanya Allah Jer Yg Mengetahuinya...

    Kak Lin Doakan Semoga Suami Amie Cepat Baik Dan Sembuh Seperti Sedia Kala...Serta senantiasa dilindungi Oleh ALLAH hendaknya....Amin...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe